Sunday, January 16, 2022

KERAJAAN GRS: SOKONGAN KAUM CINA HANYA BUIH

DALAM demokrasi, tiada fakta atau bukti yang boleh digunakan kecuali melalui sokongan menerusi pilihan raya.

Pada PRN-16 Sabah, tiada satu kerusi pun berjaya dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan majoriti cina. Ertinya, kaum itu menolak gabungan tersebut untuk memerintah.

Kaum cina Sabah bukan sahaja menolak parti-parti yang bergabung dalam GRS pada PRU negeri tersebut, akan tetapi juga mengulangi pendirian kaum tersebut pada PRU-14.

Layanan kerajaan off the day terhadap kaum tersebut, penulis percaya bukan kerana anutan politik, akan tetapi merayakan kepelbagaian, tanpa unsur politik.

Selepas GRS diberi mandat oleh rakyat pribumi, kerajaan tidak mengenepikan kaum yang menolak, malah dilantik pada jawatan-jawatan berkaitan politik, syarikat-syarikat berkait kerajaan, malah ada di antara mereka diberi peranan sebagai pengatur ekonomi negeri.

Penulis mengikuti, sokongan kaum tersebut pada kerajaan, yang hanya berlaku, selepas kerajaan off the dibentuk, makna kata, sokongan mereka hanyalah berbentuk buih, atau sokongan “palsu”.

Kepada pemimpin kerajaan off the day, jangan terbuai dengan sokongan buih daripada kaum ini, apa tah lagi “terlupa” sokongan daripada mereka yang membolehkan kerajaan dibentuk.

Apa yang membimbangkan penulis, kelangsungan kerajaan akan terkandas di tengah jalan, atas faktor kealpaan, tersilap menilai, mana kaca mana intan, atas sebab bibit-bibit “terlupa’ pada mereka yang menjadi penyokong, kekal sebagai penyokong, tanpa peranan dalam kerajaan off the day. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive