Tuesday, January 18, 2022

AKAN BILA KAH PENDIRIAN SESEBUAH PARTI KONSISTEN?

JAWABANNYA, sangat bergantung pada penerimaan rakyat. Parti politik menyesuaikan pendekatan mereka dengan kehendak politik semasa. Makna kata, situasi politik selamanya akan berubah-ubah sesuai dengan kecenderungan rakyat.

Sebagai misalanya, sebaik sahaja Umno kehilangan kuasa pada PRU-14, Presiden parti itu, menyeru agar semua parti melayu perlu bersatu dan bekerjasama membentuk gabungan yang kuat demi perpaduan agama,bangsa dan agama. Kerana seruan tersebut,maka termeterai Muafakat Nasional (MN) antara parti itu dengan Pas. Namun, selepas parti itu menjadi sebahagian daripada kerajaan, kerana tumbangnya Pakatan Harapan (PH), pendirian parti itu berubah, apabila bergerak solo atas kekuatan sendiri atas nama BN, dan tiada isu lagi kerjasama dengan sesiapa.

Umno sebagai parti berpengalaman dan tertua dalam negara, sudah tentu dengan cepat membaca kecenderungan rakyat, kalau pun bukan secara keseluruhan, akan tetapi sebahagian besar, khususnya kaum melayu. Kerana lajunya kepekaan tersebut,maka pada PRN-15 Melaka, Umno bergerak solo atas nama BN.

Dalam situasi politik sekarang, dapat dilihat tiada lagi parti sekuat Umno, memandangkan parti-parti lain termasuk dalam PH, bukan sahaja lemah, akan tetapi telah mencapai ketepuan pada PRU-14. Adalah sesuatu yang lumrah, sesuatu yang tepu, tidak akan pergi jauh lagi, kalau pun boleh, akan memerlukan masa yang panjang.

Kekangan Umno, hanya datangnya daripada Perikatan Nasional (PN), kerana dianggotai Bersatu dan Pas, yang juga bermain dalam kolam di mana Umno juga bermain.

Keputusan Umno bergerak solo, selain menyahkan PKR dan Amanah, juga Bersatu dan Pas di kawasan-kawasan majoriti melayu. Umno ingin kembali sebagai parti dominan dan peneraju politik negara seperti mana berlaku sejak merdeka.

Hakikatnya, Umno kena menerima kenyataan atau fakta, tumbangnya parti itu, kerana isu kepimpinan, yang bermula sejak pemecetan Datuk Seri Anwar Ibrahim, disusuli Tan Sri Muhiyiddin Yassin, juga karenah Tun Dr Mahathir Mohammad.

Juga isu-isu kepimpinan yang terlibat dengan berbagai isu, termasuk isu moral dan jenayah, telah menjadi pendorong, ramai penyokong berpaling tadah.

Di Sabah misalnya, Umno kehilangan banyak kerusi pada PRU-14, kerana faktor Naib Presiden parti itu yang menubuhkan parti sendiri, dan dapat mempengaruhi pengundi yang sebangsa atau sesuku dengan beliau. Telah dibuktikan, walaupun Umno bersama GRS pada PRN-16 Sabah, masih gagal menawan sebahagian besar kawasan-kawasan yang terkait dengan isu bangsa atau suku yang digunakan sebagai sentimen penubuhan Parti Warisan. Dengan keputusan demikian, maka kehilangan banyak kerusi parti itu pada PRU-14, bukan kerana kepimpinan Umno peringkat negeri, akan tetapi faktor sentimen kesukuan.

Kini, parti Warisan yang ditubuhkan berasaskan sentimen, telah lari daripada matlamat awalnya, apabila mengembangkan sayap ke Semenanjung, dan mengubah visi kepada Parti Warisan Malaysia, mengubah pendekatan “for Sabahan” kepada “for Malaysian”. Kerana perubahan tersebut, maka berapa ADUN atau pemimpin yang tidak “sebangsa” dengan Presiden parti itu, telah meninggalkan parti.

Melihat perkembangan tersebut, TIDAK konsistennya Parti Warisan lebih membawa kepada kehancuran,manakala Umno pula akan membawa parti itu bangkit semula. Pun demikian, senario di Sabah berlainan dengan Semenanjung, kerana berasaskan keputusan rakyat Sabah pada PRN-16 negeri, rakyat Sabah mahukan gabungan rakyat Sabah (GRS) sebagai flatform memerintah negeri. Mengubah aspirasi rakyat tersebut, akan membawa lebih banyak keburukan daripasa kebaikan. Atas faktor tersebut, ada lah afdal, untuk menuruti kehendak rakyat, untuk menjadikan GRS sebagai sebuah entiti atau parti berdaftar. Dengan mendaftarkan GRS sebagai sebuah parti, maka dengan sendirinya menjawab konsistennya pendirian sesebuah parti yang disesuaikan dengan aspirasi rakyat. Fikir-Fikirkan...

1 comment:

lee said...

Saudara dan saudari yang mencintai Dharma
Biar saya ceritakan sejarah tentang SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR. Kali terakhir kami menjadi ahli kuil tetapi kini kami berjauhan kerana kini Ahli Jawatankuasa amat berbangga dengan aktiviti dan tugas kuil.
Sebaliknya, presiden kuil sekarang ialah YIP KUM FOOK dan anaknya YIP JIUN HANN. Anaknya selalu berkata kepada para penganut: KUIL INI ADALAH KUIL BAPA SAYA. Atau ayah saya punnya harta …kami semua diam, kerana Kami tahu kuil ini dari mana asalnya...
Kini AHLI JAWATANKUASA kuil adalah satu-satunya kumpulan mereka sahaja. Orang lain tidak boleh menyertai sebagai ahli dan menggunakan sami Myanmar hanya untuk perkhidmatan dan berkat. Hanya sami Myanmar sahaja yang sangat fikiran cerdik (Semua sami dari Myanmar berpangkat DR atau PH. D), tetapi penganut di sini sangat keliru kerana penganut Buddha di sini tidak pernah mendengar nama itu (gelaran).
Jika kita faham ajaran Buddha yang mencipta KARMA BURUK. akan menerima apa yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa sebelumnya
Samnak Sambodhi, Desa Jaya, Kepong, KL

SHARING BY ROBERT

Blog Archive