Wednesday, December 08, 2021

PENDEKATAN MENANG-MENANG GRS: MENGHASILKAN CCA-ANTARA SABAH & PETRONAS


TERBUKTI pendekatan menang-menang dapat menghasilkan keputusan jitu dan terbaik, berbanding pendekatan retorik dan ancaman.

Isu minyak dan gas telah menjadi duri dan daging antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sejak tahun 1974. Kerana isu ini, dua ketua menteri Sabah menjadi mangsa, seorang ditumbangkan dan seorang lagi terlibat kemalangan udara.

Pada PRU-14 (2018), Datuk Shafie Apdal menjadikan isu minyak & gas sebagai bahan kempen, dengan kata-kata ancaman bahawa jika Warisan memerintah, 20 peratus daripada hasil sahaja diberikan pada Persekutuan melalui Petronas. Namun, semua itu hanya retorik, kerana ianya tidak menjadi kenyataan.

Sabah mendapat tambahan 5% pendapatan daripada produk bumi Sabah itu, apabila melaksanakan cukai jualan 5% daripada produk mentah petroleum bermula April lalu, mengikuti jejak Sarawak yang telah melaksanakannya setahun yang lalu.

Semalam (7 Disember, 2021), Dewan Bankuasi Menara Kinabalu-Pusat Pentadbiran Negeri Sabah menjadi saksi, termeterinya, Perjanjian Kerjasama Komersil (CCA) antara Kerajaan Negeri dan PETRONAS berkaitan industri minyak & gas di Sabah.

Menerusi perjanjian kerjasama tersebut, kerajaan negeri menubuhkan SMJ Petroleum Sdn Bhd sebagai wakil kerajaan negeri (vehicle company).

Tujuan penubuhan syarikat berkait kerajaan ini, dan berkerjasama dengan syarikat minyak nasional tersebut selain mendapat pulangan lebih besar daripada industri petroleum, juga negeri Sabah mempunyai greater say dalam perjalanan industri berkaitan minyak & gas yang dilaksanakan di Sabah.

Jika menerusi Perjanjian yang ditandatangi pada 16 Jun 1976, Sabah hanya menerima bayaran tunai 5%, akan tetapi menerusi CCA ini, selain bayaran tunai tersebut dan perolehan cukai jualan 5%, akan juga mendapat pulangan mengikut nisbah perkongsian.

Apa yang paling penting menerusi CCA ini, Sabah mengorak langkah setapak lagi dalam industri minyak & gas, tentunya membuka banyak sekali peluang perniagaan, membuka peluang pekerjaan, selain berlakunya “transfer technology” pada anak-anak tempatan Sabah berkaitan industri minyak & gas.

Ada lah diharapkan menerusi CCA yang termeterai, isu minyak & gas antara Sabah dan Petronas dinoktahkan, dan jangan lagi dipolitikkan. CCA bukan sahaja keputusan menang-menang akan tetapi TERBAIK. Tahniah Kerajaan GRS yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

No comments:

Blog Archive