HASIL banting tulang Pak Min, anak-anaknya berjaya menamat pengajian perguruan tinggi, ada yang dalam negara ada juga luar negara, malah universiti tempat menempah ilmu, ada lah institusi pilihan. Asas utama mengapa diterima oleh institusi tersebut kerana melihat pencapaian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Harapan yang menggunung, apabila anak-anak tamat belajar, setidak-tidaknya mereka itu mendapat pekerjaan atau aktiviti setara dengan kelayakan dan selanjutnya boleh menjana pendapatan, impaknya boleh lah Pak Min berehat, kerana yakin, tiada juriat yang berjaya, tega melupakan kerja keras ibu bapa.
Betul juga, anak-anak Pak Min mendapat pekerjaan, malangnya, keadaan mereka itu, hampir sama statusnya dengan Pak Min, gali lubang tutup lubang. Gaji yang diperolehi hanya cukup-cukup bayar sewa bilik, kos ke tempat kerja, mengapa? Kerana gaji yang diterima, sama dengan gaji 20 tahun lalu, berasaskan kelayakan yang sama. Apabila gaji yang diterima sedemikian, sedangkan kos sara hidup sudah meningkat berkali-kali ganda, maka wajar lah, gaji yang diperolehi tidak lebih baik daripada Pak Min yang bekerja tidak tetap yang hanya bersandar pada kekuatan tulang empat kerat.
Kini, Pak Min menyadari, cerita momokkan, bahawa pendidikan boleh membawa perubahan kehidupan keluarga, rupanya hanya dogeng, tiada kebenarannya mengenainya.
Pak Min terfikir, bodoh kah anak-anaknya? Kerana tidak boleh mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan? Di mana silapnya, markah yang diberikan universiti yang saban tahun disenerai penerima anugerah dekan, malah ada yang lebih baik dari itu. Atau kah, anak-anaknya, tidak mampu menterjemahkan ilmu yang diperolehi pada dunia pekerjaan? Kerana ada juga mereka yang sebaya, jika disemak markah pada skrip kelulusan, hanya cukup-cukup makan, akan tetapi bertengek pada jawatan yang jauh lebih gah!!!.
Kerana pengalaman, Pak Min mampu menterjemahkan keadaan ini mengapa berlaku? Sebabnya, kerana rakan sebaya itu, mempunyai ibu bapa yang berkedudukan. Kedudukan yang dicapai tersebut, bukan kerana merit tetapi hasil berangkai yang diwarisi.
Keadaan sedemikian yang telah berakar umbi dan diyakini akan terus berjalan, tanpa had masa. Keadaan ini lah yang berlaku sehingga kini, sebab itu anak-anak Pak Min kalau dilihat daripada segi kelayakan, memang gah, tetapi, apabila masuk ke alam pekerjaan, terpaksa menerima, kelayakan yang gah tersebut, tidak boleh bersaing dengan mereka yang mempunyai ibu bapa yang berkedudukan.
Cukup malang, bagi anak-anak Pak Min, kerana ayah mereka, tiada kedudukan, hanya sebagai manusia biasa yang mencari kehidupan berasaskan tulang empat kerat.
Pak Min terfikir, selagi, keadaan ini tidak berubah, hipotesa bahawa pendidikan boleh mengubah status sesebuah keluarga, selamanya tidak akan terbukti benar, selagi merit dibuang ke longkang.
Sebenarnya keadaan ini lah telah mempengaruhi pandangan anak-anak muda di negara ini, sehinggakan diterjemahkan menerusi pilihan raya. Sebahagian besar daripada mereka ini, melihat, rakan-rakan mereka yang mempunyai ibu bapa yang berkedudukan impak sebagai penyokong sesebuah parti, walaupun dilihat daripada segi merit, tidak layak diberi, maka telah menyebabkan parti yang berdekad lamanya memerintah hilang kuasa.
Harapan mereka, apabila kerajaan yang tidak mengamalkan merit ini hilang kuasa, akan diganti oleh kerajaan yang berbeza pendekatan. Namun apa yang berlaku, kerajaan baharu juga membawa DNA kerajaan yang ditumbangkan. Impak DNA yang diwarisi ini, berlaku lah, terlepas daripada mulut buaya masuk pula ke mulut harimau.
Impak DNA yang diwarisi ini, bukan sahaja berlaku pada alam pekerajaan, akan tetapi juga, projek-projek kerajaan, kecil atau besar, one-off atau yang berterusan.
Begitu pandainya mereka ini, supaya tidak ketara, maka diwujudkan berbagai syarikat yang berbeza, pemilik yang berbeza, tetapi dikendalikan oleh seorang menerusi kaedah kartel. Memang sukar membuktikan secara bertulis, keterlibatan “seseorang” kerana begitu berlapisnya hubungan yang dibina.
Memang kita sering membaca, setiap tahun bajet kerajaan ratusan juta diberikan pada sesebuah kementerian. Jika berasaskan bajet yang diberikan, maka mana-mana syarikat yang berkelayakan, sudah tentu boleh mendapat projek-projek seumpama itu, namun, apa yang berlaku, sampai tarikh luputpun kelayakan yang diberi tidak akan pernah mencium projek-projek sedemikian, jika sesebuah syarikat tersebut bukan sebahagian daripada kartel.
Ada lah tidak pelik, syarikat-syarikat yang termasuk dalam kartel, akan mendapat kontrak-kontrak kerajaan, walaupun dokumen-dokumen yang digunakan adalah palsu, seperti status kewangan, atas sebab, keterkaitan antara yang memberi dan yang memohon, sangat erat, bagaikan isi dan kuku, mempunyai pendekatan, menang-menang.
Keadaan ini, tidak akan pernah pupus,kecuali kerajaan yang mengganti, terputus rantai DNA yang diwarisi, termasuk lah kaki tangan awam. Selagi DNA sedemikian tidak terputus, maka MERIT akan terus masuk ke longkang.
Sebenarnya keadaan demikian pernah berlaku di Indonesia berdekad lamanya. Kerana tindakan rakyat tersebut memutuskan rantaian DNA yang diwarisi, bermula sejak kejatuhan Soeharto, maka kini, Indonesia, bukan sahaja merupakan ekonomi terbesar di rantau Asean, akan tetapi diunjurkan akan menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia menjelang tahun 2050.
Mungkin atas kesedaran ini, semasa PRN Melaka, semua calon-calon Perikatan Nasional menandatangi janji bebas rasuah, bebas salah guna kuasa, dan berjanji berkhidmat dengan penuh ketelusan. Berbeza dengan pendekatan pihak lain yang sibuk dengan aku janji, jangan lompat parti.
Bermula dengan pendekatan ini sudah cukup baik, berbanding tidak memulakannya. Jika pada PRN Melaka, calon-calon yang membuat aku janji seumpama ini terpilih, ada lah permulaan untuk menunju, bebas rasuah, bebas salah guna kuasa, bebas melongkang merit, dan bebas pengwujudan kartel, juga bebas menggunakan pendekatan warisan yang terkait dengan keluarga, suku dan bangsa.

No comments:
Post a Comment