SEBAGAI sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, tiada yang salah pertembungan tiga penjuru blok parti terbesar di Malaysia iaitu Barisan Nasional (BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Hanya yang muskhil timbul kekeliuran dalam kalangan rakyat kebanyakan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) tentang kewajaran berlaku pertembungan sebegini. BN dan PN umpamanya,kedua-duanya berada dalam satu gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan tetapi akhirnya bergerak dengan haluan masing-masing dalam PRN Melaka.
BN terutama Umno membuat keputusan untuk bergerak secara solo. Berpengalaman selama lebih 60 tahun menjadi kerajaan sejak merdeka sudah pasti BN mempunyai keyakinan untuk menguasai semula kerajaan dengan menjadikan Melaka sebagai medan ujian.
Cabaran yang mungkin BN perlu hadapi ialah untuk meyakinkan golongan pengundi muda yang menjadi penentu kepada keputusan nanti. PN juga pasti berusaha untuk menjadi sebuah gabungan parti alternatif kepada rakyat Melaka yang pernah memilih BN dan PH sebelum ini.
PN cuba membawa naratif kepada pengundi Melaka bahawa PN telah berjaya memimpin Malaysia mengharungi pandemik Covid-19 dengan baik. Di samping itu, PN turut menawarkan imej bersih dalam pentadbiran yang bakal diterajui sekiranya mendapat mandat.
PH pula pasti bersungguh-sungguh untuk mengembalikan mandat yang diperolehi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pengkhianatan mandat rakyat yang dilakukan sebelum ini merupakan satu perkara yang pasti menjadi modal utama dalam kempen kali ini. PH masih lagi membawa naratif sebagi satu gabungan yang mantap dengan masyarakat berbilang kaum dan membawa kepada pembaharuan setelah begitu lama berada di bawah satu parti yang sama.
Mungkin PRN ini boleh menjadikan sebagai medan untuk memberi pengajaran kepada parti sendiri agar mandat yang diberikan kepada wakil rakyat sebelum ini adalah satu amanah dan bukannya menjadi “buah catur” dalam percaturan politik.
Persoalannya, apa kah sambutan pengundi Melaka pada PRN ini? Berlakukan protes tidak turun mengundi? Jika berlaku, katakan peratusan yang turun kurang daripada 50 peratus, apa kah parti yang menang boleh dikira diberi mandat?
Peratusan pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab, juga sangat dipengaruhi ketakutan berkaitan jangkitan Covid-19. Pengundi sudah tentu maklum, impak PRN-16 Sabah yang mencetus gelombang jangkitan virus pembunuh tersebut di seluruh negara. Memang benar, para pengundi sudah lengkap divaksin, tetapi ianya bukan jaminan tidak dijangkiti. Jangkitan mungkin “mild” kerana dilindungi vaksin, tetapi, ianya juga menjadi penghalang pada pengundi untuk keluar mengundi, kerana mengambil iktibar, mencegah itu jauh lebih baik daripada menerima rawatan.
Pengalaman juru kempen di lapangan, memang berlaku kecenderungan, ramai pengundi tidak keluar mengundi. Jika senerio ini benar-benar berlaku, maka parti yang muncul pemenang adalah parti yang mempunyai deposit, iaitu pengundi tegar, yang memang mendiami setiap kawasan atau Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Juga yang menjadi faktor penentu pihak mana yang bakal menang, ada lah kebiasan dipangkah semasa mengundi. Sebagai nota, hanya logo Dacing biasa dilihat oleh pengundi Melaka di kertas undi, sedangkan logo Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, julung kali digunakan pada pilihan raya, khususnya di negeri Melaka.
Kebiasan ini mempunyai impak besar, kerana pada PRN kali ini, untuk pertama kali, calon-calon tidak dapat berjumpa secara fizikal dengan para pengundi, sehinggakan ramai pengundi tidak kenal siapa calon-calon.
Satu tanda tanya besar, apa kah kempen dalam keadaan tidak normal atau norma baharu ini, peranan kempen atas talian atau maya berimpak? Jika berimpak, ertinya, strategi dan pola pemerintah setiap parti telah sampai kepada pengundi, dan ianya menjadi pertimbangan sebelum melangkah ke peti undi.

No comments:
Post a Comment