KEKURANGAN manusia, kerana ada yang bertindak makan semua. Kerana tindakan seperti ini, maka berlaku lah seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.
Baru-baru ini penulis sempat berkunjung di sebuah pejabat kerajaan. Alang kah terperanjatnya, di pintu pejabat tersebut tertulis amaran, orang awam tidak dibenarkan memasuki pejabat itu, kecuali ada temu janji. Penulis tertanya-tanya, bentuk temu janji apa? Bagai mana mengadakan temu janji, sedangkan pejabat demikian tidak pun mengeluarkan sebarang hebahan, samada di media sosial atau media arus perdana, bagai mana berhubung dengan pejabat tersebut.
Di benak penulis, notis di depan pintu tersebut, adalah pejabat yang memungkinkan individu tersebut duduk di pejabat tersebut kerana sokongan orang awam, menerusi peti undi.
Penulis tercuit dalam fikiran yang berbentuk “negatif”, betapa hinanya orang awam, sehingga dilarang masuk. Pada notis tersebut, beberapa syarat tambahan lagi, bahawa setiap pelawat, tidak boleh membawa sebarang benda, kecuali yang melekat pada tubuh badan (mungkin maksudnya baju dan seluar).
Orang awam yang berkunjung ke pejabat seumpama itu, kerana urusan yang berkait dengan jawatan individu berkenaan. Kalau bukan kerana urusan berkaitan jawatan individu berkenaan, siapa juga yang mahu berkunjung, sedangkan sebelum ini pun, tidak terdengar, bahawa individu berkenaan terpaksa menerima kunjungan orang awam, sebelum menduduki jawatan yang diamanahkan oleh orang awam.
Sebenarnya, sejak sekian lama berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan atau pejabat-pejabat yang diduduki orang politik, apa yang penulis nampak tersebut, adalah pengalaman pertama berkaitan orang awam. Memang ada juga notis seperti itu, tetapi semuanya berkaitan dengan harta persendirian, bukan harta kerajaan.
Tidak pasti apa kah notis tersebut, memang arahan individu berkenaan, atau kah tindakan melulu para pegawai khasnya, kerana enggan melayan orang awam.
Atau kah, ada keterkaitan dengan pandemik Covid-19? Jika keterkaitan virus tersebut, memang pun berbaloi, notis seumpama itu, kerana kebarangkaian akan berlaku jangkitan. Apa yang dilupakan, bahawa Sabah sudah berada pada fasa 4, dengan SOP yang ditetapkan. Setiap pelawat, hendak lah lengkap vaksin, selain mengimbas suhu badan di pintu masuk bangunan yang dikawal oleh pegawai keselematan yang menyemak, status MySejahtera. Apa yang pelik, di pintu masuk bangunan tersebut, TIADA notis ORANG AWAM dilarang masuk. Jika demikian, penulis mengambil kesimpulan, bahawa hanya PEJABAT yang diduduki individu berkenaan orang awam dilarang masuk, kerana pejabat-pejabat lain yang juga diduduki orang politik, TIADA notis seumpama itu dipampang di pintu pejabat masing-masing.
Apabila keluar daripada bangunan tersebut, penulis duduk di pediment berhadapan tempat letak kereta, sambil mengimbas kembali hubungan notis tersebut dengan corak kepimpinan sebuah parti. Rupanya, tingkah laku, bukan sahaja berbentuk sifat, akan tetapi juga diterjemahkan menerusi perbuatan.
Pelik juga rasanya, mengapa kumpulan seumpama ini boleh menang dalam pilihan raya? Penulis terfikir kemudian, mereka ini diundi kerana wakil parti. Parti tiada salah. Sebab itu, jangan hukum parti, seperti marahkan nyamuk seekor lalu kelabu dibakar. Dalam sesebuah parti, seperti pisang setandan, ada buah busuk, tetapi buah yang baik lebih banyak jumlahnya. Mungkin individu berkenaan mewakili, buah busuk tersebut.

No comments:
Post a Comment