Thursday, October 14, 2021

PRU-15 SABAH: PERINGKAT PARLIMEN


BERDASARKKAN MOU antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), PRU-15 tidak diadakan sebelum 31 Julai, 2022. Ertinya,kemungkinan selepas itu atau sehingga parlimen ke-15 berakhir, pada pertengahan tahun 2023.

Di Semenanjung, akan terlihat pada PRN Melaka, apa kah akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan PN. Jika berlaku,maka itu lah akan berlaku pada PRU-15.

Di Sabah, walaupun dikatakan Umno Sabah mempunyai autonomi, dan terikat dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai peneraju Kerajaan Negeri, namun, kemungkinan parti itu akan akur dengan pendirian parti.

Di Sabah pertembungan antara parti untuk kawasan-kawasan tertentu,kadang kala tidak dapat dielak, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah.

Demikian juga halnya pada PRU-15 Sabah yang membabitkan hanya parlimen, akan berlaku pertembungan antara parti, walaupun sepasukan sebagai parti kerajaan yang memerintah.

Ada lah diramal, akan banyak kawasan akan berlaku pertembungan sesama sendiri, yang melibatkan Bersatu dan Umno, antara STAR dan PBS. Pertembungan tersebut, jika pun bukan menggunakan logo parti, akan tetapi calon bebas tajaan parti, seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah, di beberapa DUN.

Untuk mengelak perkara tersebut berlaku, maka sangat bergantung agihan kerusi antara parti-parti. Akan tetapi, Umno telah membuat keputusan, akan mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRU-14, maka dengan demikian, pertembungan antara calon Bersatu, mustahil dapat dielakkan.

Kawasan yang bakal dipertahankan Umno adalah Parlimen Beaufort, Sipitang, Beluran, Libaran, dan Kudat, yang mana penyandangnya menyertai Bersatu.

Selain itu, parlimen seperti Papar, Kalabakan, Tuaran, Putatan dan Kota Belud, sangat diminati Bersatu untuk ditandingi.

Berasaskan sentimen yang sedang bertiup, pertembungan antara parti-parti dalam GRS, di peringkat parlimen sukar untuk dielak, memandangkan, masing-masing pihak merasa, parti mereka lah yang lebih kuat di kawasan-kawasan tersebut.

Bagi pandangan penulis, walaupun senario ini berlaku, tidak akan memberi kelebihan pada Warisan atau Pakatan Harapan (PH), sebaliknya keputusan akan seperti berlaku pada DUN Lumadan, Tandek, Kuamut, Pitas, Kemabong atau Paginatan. Kesimpulannya, pengundi akan bergantung pada calon-calon.

Selepas PRU tersebut, untuk menentukan sokongan pada parti yang bakal membentuk kerajaan Persekutuan, parti-parti di Sabah kemungkinan besar bertaut semula, seperti mana dalam GRS, sebagai kumpulan sebagai penentu. Kebarangkalian senario ini lah yang bakal berlaku. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive