SECARA umumnya, rakyat negara ini ternanti-nanti PRN Melaka. Mengapa? Sebabnya sebarang keputusan pada PRN tersebut boleh dianggap menggambarkan keputusan PRU-15.
PRN Melaka akan menyaksikan pertembungan pasukan “baharu” antara Pakatan Harapan (PH) tanpa Bersatu, Barisan Nasional (BN)-yang hanya dianggotai 4 parti berbanding 13, dan Perikatan Nasional (PN) parti baharu.
PRN Melaka ada lah yang pertama selepas PRU-14 di Semenanjung, dan kedua dalam negara.
Pada PRN-16 Sabah, terbukti gabungan baharu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah diberi mandat oleh pengundi Sabah.
Negeri Melaka yang mempunyai 28 kawasan DUN, untuk pertama kali sejak merdeka di menangi parti lawan BN pada PRU-14.
Melihat perubahan politik sejak PRU-14, Umno yang sekian lama menjadi parti dominan, kehilangan kuasa di negeri tersebut, walaupun kemudiannya menjadi ketua kerajaan selepas PH tumbang pada Februari tahun lalu.
PRN Melaka terpaksa diadakan berikutan tumbangnya kerajaan pimpinan Umno, kerana kehilangan sokongan majoriti. (Nota: Kerajaan pimpinan Umno ditumbangkan sendiri oleh ADUN Umno).
Apa kah penguasaan Umno akan berulang pada keadaan politik yang sudah berubah? Ini yang ingin dilihat pada PRN tersebut. Pada PRN-16 Sabah, terbukti penguasaan parti itu tidak berulang, kerana pengundi Sabah cenderung pada gabungan rentas parti. (Nota: Pada PRN-16 Sabah - BN (Umno) menang 14 kerusi, PN-17 dan PBS-7- BN Sabah, PN Sabah dan PBS merupakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Tiada sesiapa yang boleh menafikan aspirasi rakyat, walaupun ada yang berpendapat, keadaan politik Sabah berbeza dengan Semenanjung.
Cepatnya aliran maklumat, sangat mempengaruhi kecenderungan pengundi, tidak seperti yang lalu-lalu.
Penulis yakin, pengundi Negeri Melaka khususnya melayu, sedar keputusan pengundi Sabah, dan akan berkongsi dengan kecenderungan tersebut.
Pada PRN Melaka, apa yang pasti, DAP akan terus mendapat sokongan kaum cina. Atas sebab itu, hanya parti tersebut dijangka mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-14, manakala parti-parti lain, masih dalam teka teki.
Akan berlaku kah penjajaran politik selepas PRN tersebut untuk tujuan membentuk kerajaan?, sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment