Monday, September 27, 2021

TENANGNYA POLITIK SABAH


TIDAK seperti di Semenanjung, politik Sabah selepas PRN-16, cukup tenang.

Sabah kini diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Saling sokong menyokong antara parti kerajaan dan pembangkang, ternampak jika berkaitan kepentingan rakyat dan negeri.

Sokongan bipartisan menolak Akta Wilayah Laut tahun 2012, ada lah salah satu contoh.

Mendengar perbahasan wakil rakyat pembangkang semasa sidang DUN 21-23 September, boleh disimpulkan, mereka juga sealiran dengan visi kerajaan negeri—SABAH MAJU JAYA.

Semalam Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Sabah telah mengadakan mesyuarat biasa yang membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di peringkat parti, untuk mendokong halatuju kerajaan.

Tidak dikeluarkannya sebarang ketetapan selepas mesyuarat tersebut, menunjukkan, tiada sebarang kemuskilan politik segera yang memperlukan desakan.

Kestabilan politik, juga menunjukkan kestabilan kerajaan.

Walaupun kerajaan GRS tidak mempunyai kuasa 2/3 di DUN Sabah, tetapi, tiada gerakan menggangu gugat perjalanan kerajaan. Perkara ini, berlaku, kerana pendekatan kepimpinan negeri, yang menang tidak membolot semua, yang kalah tidak kehilangan semua.

Cara kerajaan mengurus negeri, tidak melihat latar belakang sesebuah kawasan, apa kah kawasan tersebut diwakili pembangkang atau kerajaan, sebaliknya pendekatan sama rata, iaitu, mana-mana kawasan atau rakyat yang memerlukan bantuan segera, maka disegerakan.

Keinginan Ketua Menteri agar semua wakil rakyat di kawasan masing-masing menjadi agen atau fasiliator pembangunan atau aktiviti ekonomi, dan Kerajaan bersedia menjadi pemudah cara, ada lah pendekatan inskulsif atau menyeluruh demi rakyat dan negeri. Pendirian, TIADA YANG MAJU MELAINKAN SEMUA MAJU, merupakan pemudah cara SABAH MAJU JAYA.

No comments:

Blog Archive