Monday, September 27, 2021

PM BENTANG RMK12 HARI INI


SELEPAS tertangguh berberapa kali, akhirnya pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

RMK-12 akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara.

Berhadapan pandemik Covid-19 di penghujung RMK-11 selain perubahan pimpinan kerajaan, pembentangan RMK-12 dipinda sekurang-kurangnya dua kali daripada tarikh asal pada 6 Ogos lalu kepada Januari tahun ini, sebelum akhirnya di bentangkan pada Isnin.

Bersesuaian tema Keluarga Malaysia, RMK-12 dijangka memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan perlindungan sosial yang merupakan penggerak ekonomi negara dengan projek-projek pembangunan akan turut lebih berpaksikan rakyat berbanding projek-projek mega baharu.

Ini sepertimana dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) sebelum ini bahawa pandemik Covid-19 yang berpanjangan sejak awal tahun telah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dalam merangka masa depan negara yang kini lebih menumpukan kepada perkembangan pasca pandemik bagi lima tahun akan datang.

Selain itu, sepertimana RMK lain sejak mula diperkenalkan pada tahun 1966, fokus kerajaan dijangka akan turut menjurus ke arah merapatkan jurang pembangunan antara negeri dengan lebih banyak perbelanjaan negara akan diagihkan bagi pembangunan negeri-negeri kurang maju.

Sementara itu, menurut portal rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU), RMK-12 merupakan bahagian terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara di bawah pendekatan 6R iaitu (resolve, resilient, restart, recovery, revitalise) yang akan membina asas kukuh dalam membentuk sebuah negara berteknolgi dan berpendapatan tinggi dengan pengagihan yang lebih seksama.

Ini sekaligus bagi membolehkan Keluarga Malaysia mengecapi kehidupan yang lebih bersatu padu, harmoni dan bermaruah dengan mengetepikan segala perbezaan dan meraikan kepelbagaian.

No comments:

Blog Archive