Saturday, September 25, 2021

JANGAN JADIKAN AKTA WILAYAH LAUT 2012 (TSA) KUDIS POLITIK


WALAUPUN sebarang perjanjian antarabangsa berkaitan wilayah, hanya melibatkan sesebuah negara, namun, pengertian dalaman khususnya dalam Persekutuan Malaysia, yang melibatkan tiga entiti, Malaya, Sabah dan Sarawak jangan sesekali diketepikan.

Pada AKTA WILYAH LAUT 2012, hak Sabah dan Sarawak mengenai pesisir diubah daripada 12 batu nautika kepada 3 batu, sedangkan dalam lingkungan 12 batu atau diluar lingkungan tersebut terdapatnya sumber minyak dan gas.

Sesebuah negara, mempunyai kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) yang meliputi 200 batu nautika (zon perikanan), ertinya, Malaysia boleh mengamalkan hak kedaulatan di pada wilayah tersebut.

Pada persidangan DUN Sabah pada 21-23 September, 2021, telah menolak sepenuhnya AKTA tersebut, sama seperti Sarawak yang menolaknya terlebih awal.

Betul lah jika dilihat daripada segi negara, kadulatan sesebuah negara terhad pada 12 batu nautika, seperti mana hasil Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (LOSC) yang disertai Malaysia pada tahun 1996.

Walaupun demikian, dalam konteks MA63, penyebab terbentuknaya Persekutuan Malaysia, perlu diperjelaskan berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak, yakni melalui, STATE IN A STATE. Maknanya, Sabah dan Sarawak kekal dengan kuasa kelautan sejauh 12 batu nautika, seperti juga Malaya. Dalam Malaya itu, boleh lah dihadkan 3 batu nautika bagi negeri-negeri di dalamnya.

Pengertian ini perlu dirungkai sebelum menjadi duri dalam daging dalam Persekutuan Malaysia. Sebenarnya, jika semua pihak menghayati dan menghormati MA63, tidak akan timbul  isu Wilayah Laut.

Isu wilayah ini, perlu dimuktamadkan sebelum PRU-15 diadakan, untuk mengelak dipolitikkan oleh pihak-pihak yang menunggu mengangguk di air keruh, seperti mana MA63, royalti minyak yang kerap dijadikan isu politik setiap pilihan raya di Sabah.

Selepas 58 tahun pembentukan Malaysia, isu-isu seumpama ini tidak perlu timbul, kerana ianya dilihat menafikan atau dalam bahasa kasarnya merampas hak-hak Sabah dan Sarawak.

Lima Puluh Lapan Tahun, satu usia yang cukup matang, akan tetapi rakyat Sabah masih berhadapan dengan keadaan pra merdeka, termasuk di kawasan bandar.

Cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa berucap di Parlimen minggu lalu, sudah tibanya masa Sabah diberi KUASA EKONOMI (autonomi ekonomi), khususnya perkembangan perpindahan IBUNEGARA Indonesia, di Kalimantan, SUPAYA  Sabah dapat menentukan BENTUK ekonomi yang sesuai demi kemajuan negeri dan rakyatnya. Perpindahan ibu negara Indonesia tersebut, adalah peluang Sabah dalam dekad ini.

3 comments:

CLADING2222 said...

تهتم شركة السلطان كبري شركات ونش رفع عفش في مصر بالتفاصيل الصغيرة التي يغفل عنها الكثير ومنها :
استخدام التعبئة والتغليف الصحيح: يجب استخدام مواد التغليف الملائمة للأثاث وحفظها في صناديق معبأة بإحكام ، والتأكد من توفير وسائل السلامة اللازمة لأثاث الزجاج.

الاستخدام الآمن للأدوات: يجب على العاملين استخدام الأدوات اللازمة بشكل آمن وفعال ، والتأكد من توفير الأغطية اللازمة لحماية الأثاث

CLADING2222 said...

إن البحث عن احسن دكتور اوعية دموية ليس سهلاً ، ولكن عند العثور على طبيب جيد وذو خبرة، يمكن الاعتماد عليه في توفير حلول فعالة ومجدية لكل مشكلة. وبهذه الطريقة يمكن للمرضى تلقي العلاج اللازم والاستمتاع بأفضل رعاية صحية تلائم احتياجاتهم وتلبي تطلعاتهم.

CLADING2222 said...

تحرص شركات تركيب واجهات فلل زجاج استركشر عند التركيب بالقيام بكل مما يأتي :

عندما يتم تحديد التصميم وتجهيز الإطارات والصلابات، يمكن البدء في تثبيت الزجاج. يجب أن يتم تثبيت الزجاج بشكل آمن داخل الإطارات، مع التأكد من أن جميع مواضع الزجاج تتلائم مع الإطارات والصلابات.
يجب الحفاظ على نظافة الزجاج بشكل دوري وتجنب استخدام المواد الكيميائية القاسية التي يمكن أن تؤثر على جودة الزجاج.

Blog Archive