JIKA ahli parlimen kerajaan dan Pembangkang patuh pada peranan masing-masing, maka, MOU seperti yang dimateri pada 13 September, tidak perlu.
Memandangkan, ada ahli parlimen kerajaan yang tidak setia, maka pemimpin kerajaan terpaksa mengadakan persefahaman dengan pembangkang, supaya urusan kerajaan tidak terganggu, juga menghalang tumbangnya kerajaan.
Di negara ini, apabila sesebuah kerajaan tumbang, bukan kerana karenah pembangkang, akan tetapi tindak tanduk pemimpin kerajaan itu sendiri. Tidak boleh salahkan pembangkang yang cuba mengambil kerajaan, jika peluang dibuka oleh ahli parlimen kerajaan sendiri.
Pada 16 Ogos, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang kerana tindakan 15 ahli parlimen yang menyokong kerajaan menarik sokongan. Selepas Perdana Menteri meletakkan jawatan, dan digantikan oleh ahli parlimen lain daripada kumpulan kerajaan, 15 ahli parlimen yang sama menyokong semula.
Hanya di negara ini, dalam musim pandemik Covid-19 ini, kerajaan terpaksa menandatangi MOU dengan pembangkang sebagai tanda “gecatan senjata politik”, kerana hanya satu penyebab terdapatnya ahli parlimen yang mengutamakan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat dan negara.
Jika semua pihak mengambil pendekatan, hanya berkhidmat untuk rakyat dan negara, maka selepas terbentuknya kerajaan, maka mengutamakan perkhidmatan, dan melupakan permainan politik yang beragenda peribadi.
Hampir dua tahun, rakyat berhadapan krisis kesihatan dan krisis ekonomi impak daripada pandemik Covid-19, diperburuk lagi dengan permainan politik yang tidak sudah-sudah.
Ada lah melucukan, jika pasukan kerajaan yang ditumbangkan dikatakan kerajaan yang gagal segagalnya, namun pasukkan yang sama meneruskan cara dan starategi yang sama, dengan ketua yang berlainan, mereka yang melaung-laungkan kerajaan gagal dan segagalnya tiba-tiba babau.
Di masa hadapan, rakyat negara ini perlu mengambil iktibar, kenyataan-kenyataan ahli-ahli politik yang memperjudi kepentingan rakyat dan negara, jangan lagi diberi peluang dalam pilihan raya.
1 comment:
أرخص اسعار المصاعد بمصر تقديم خدمات الصيانة والضمان على مدى عام ، على سبيل المثال ، هو عامل مهم في تحديد السعر كل هذه العوامل تتحكم في تحديد تكلفة تركيب المصعد في مصر ، وبالتالي يجب اختيار شركة جيدة تقدم خدمة ممتازة بسعر مناسب ، ومن ثم تحديد مواصفات المصعد بحيث تخبرك الشركة بالتكلفة الإجمالية.
Post a Comment