Wednesday, August 04, 2021

SIAPA AHLI PARLIMEN JADI TALIAN HAYAT PERDANA MENTERI?

ATAS tekad dan tawakal, dan berpegang kepada prisip kebenaran, kalau dikira, sokongan kepada Perdana Menteri daripada 115, selepas 8 penyokong menarik sokongan, maka berbaki 107, namun ada sekurang-kurangnya 4 ahli parlimen terbuka hati menyokong, sehinggakan menjadi talian hayat mengekalkan kedudukan Perdana Menteri dan kerajaan.

Angka majoriti mudah, telah dipersembahkan kepada baginda Agong. Atas kebijaksanaan Baginda, maka memberi perkenaan dan menerima angka tersebut dan keabsahannya pada bulan September, 2021 semasa sidang parlimen,menerusi USUL PERCAYA.

Siapa kah ahli-ahli parlimen tersebut?, akan terjawab pada persidangan parlimen nanti.

Walaupun, untuk sementara, PM dan Kerajaan masih mempunyai sokongan majoriti mudah, akan tetapi, jika menurut Datuk Ahmad Maslan, bermula daripada semalam, satu persatu ahli parlimen Umno termasuk menteri akan menarik sokongan. Sejauh mana perkembangan tersebut, tiada yang mengetahui hingga sekarang, kecuali SPBA, kerana surat akuan, terus dipersembahkan kepada baginda.

Jika menurut jadual, parlimen akan bersambung pada 6 September, yang akan dirasmikan oleh SPBA, ertinya tempoh masa itu, 4 minggu daripada sekarang.

Di pihak Anwar mungkin sudah menyadari, bahawa PM dan Kerajaan mendapat sokongan ahli-ahli parlimen yang mencukupi, maka Presiden PKR itu tidak berani lagi menyebut angka, hanya berselindung dengan kata-kata, bahawa mereka percaya, PM dan Kerajaan tiada sokongan majoriti mudah.

Blog Archive