Wednesday, August 04, 2021

POLITIK NEGARA KACAU

KINI Umno, membuktikan, sebagai parti terbanyak kerusi menarik sokongan dari Kerajaan dan Perdana Menteri, bukan sahaja berakibat tumbangnya kerajaan tetapi mengwujudkan kekacuan politik, di saat-saat rakyat dan negara sedang berperang dengan musuh tidak nampak, Covid-19.

Mungkin Umno dan pemimpinnya, mahu melakar sejarah, dalam keadaan rakyat tertekan, barisan hadapan sedang penat, sistem kesihatan krtikal, ekonomi memburuk, maka menumbangkan kerajaan dan Perdana Menteri suatu kepuasan.

Umno mengambil peluang, isu derhaka, yang mereka cipta bersama pembangkang, berkaitan isu teknikaliti pembatalan ordinan darurat.

Kali ini, isu derhaka, dari sekian banyak tindakan derhaka, digunakan menumbangkan kerajaan.

Walaupun Umno dan Presidennya, tidak menyatakan arah tuju yang jelas, apa yang pasti, parti itu tidak mampu menubuhkan kerajaan bersendirian.

Jika demikian, maka parti itu perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP (42), PKR (35), Amanah (11), tetapi disdokong Warisan (8), UPKO (1) dan PSB (2), mempunyai 99 kerusi ahli parlimen, hanya memerlukan 12 ahli parlimen untuk mendapatkan majoriti mudah, dan jumlah itu bertepatan dengan jumlah ahli parlimen Umno yang dikatakan telah mempersembahkan pendirian mereka kepada Agong.

Melihat cara Umno dan Presidennya, menjatuhkan kerajaan PN dan Perdana Menterinya, dirasakan satu misi khusus, kerana alasan yang digunakan, seperti kerajaan gagal dan derhaka.

Terserah kepada rakyat, apa kah dapat menerima dua alasan tersebut, kerana facts speak louder than words.

Para ahli parlimen Umno yang lain, tidak dapat berbuat banyak, kerana jumlah kerusi yang mereka wakili, bersama baki kerusi daripada 220, hanya berjumlah 103, 6 yang lain diwakili pejuang (4), Bebas pro pejuang (1) dan Muda (1).

Dalam keadaan kacau bilau politik ini, ada yang mengatakan bakal terwujudnya kerajaan minoriti, kerana tiada pihak yang mendapat kerusi majoriti mudah. Anggapan itu betul, jika Umno berpendirian tidak memihak.

Sungguh malang bagi rakyat negara ini, dalam keadaan tertekan, baik daripada segi kesihatan termasuk ancaman kehilangan nyawa, kehidupan bukan sahaja terkesan, tetapi kesusahan sedang melanda.

Kekacaun politik terwujud daripada parti terbesar yang bertagkan, Demi Agama,Bangsa dan Tanahair (ABATA), Dulu, Kini dan Selamanya.

Apa yang pasti, dalam sejarah politik tanah air, akan terpahat,nama-nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohammad Hassan, Datuk Seri Najib Razak, Tengku Tan Sri Razaleagh Hamzah dan Datuk Seri Ahmad Maslan, sebagai punca tumbangnya kerajaan.

2 comments:

Unknown said...

Nama tu juga punca tumbangnya ph.. Kerajaan khianat akan dikhianati jua

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

JAHATnya si PENDERHAKA/ PEMBUNUH/PEROMPAK/PERASUAH/PENGGUBAH WANG HARAM DIKTATOR mahiaddin-GILA SEKS HARAM/Identiti PALSU ni!!

Buat alasan PALSU yg. SAMPAH tak habis2 - terhdp. Pemimpin2 UMNO terCINTA kita yg. sdg. diANIAYA dgn. amat ZALIM & BUAS bawah Sistem KEHAKIMAN & PERUNDANGAN yg. telah diJAHANAMkan habis2an oleh geng2 PENJENAYAH PARIAH DAP Penjajah ZIONIS tommy thomas-gopal sri ram & geng2 PENJENAYAH depa dr. Melayu2 LIBERAL Ketua Hakim NEGARA lantikan HARAM Diktator mahathir PARIAH kerala/tommy thomas (yg. Melanggaq AKTA KEHAKIMAN yg. telah diHILANGkan dr. INTERNET), Peguam Negara BERSATU Nazi & SPRM Parasit!!

Di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/847031/saya-didesak-bebaskan-individu-tertentu-daripada-tuduhan-jenayah

Blog Archive