PENULIS terbaca kenyataan Pengarah Kesihatan Sabah yang baru, selepas berkunjung hormat pada TYT- Sabah perlu mengalah, kerana keutamaan pada negeri-negeri yang dilanda teruk.
Walaupun pengarah tersebut tahu, bahawa setakat jun tahun ini Sabah hanya menerima 700 ribu dos, dari keperluan 6juta dos. Jumlah dos tersebut hanya sedikit di atas kelayakkan bergerak ke Fasa 2 PPN (Pelan pemulihan negara).
Kurangnya bekalan vaksin untuk Sabah, telah disuarakan oleh pemimpin negeri daripada Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Pengerusi Penyokong Wakil Rakyat Dun Sabah, dan terbaharu desakan daripada Menteri Pelancongan Sabah.
Kerajaan Sabah memandang serius program pemvaksinan, sebab itu melancarkan SIFAR Covid-19. Untuk memperlancar misi tersebut maka misi autreach menerusi PPV Bergerak, dijadikan salah satu pendekatan. Ketua Menteri, menteri-menteri, wakil-wakil rakyat, mengepalai PPV Bergerak, kerana mereka tahu, peratusan pendaftaran melalui MySejahtera, cukup rendah, hanya hampir 1 juta daripada 3 juta (atau tepatnya 2,932,700 penduduk).
Mungkin, alasan atau bukan, kurangnya bekalan vaksin untuk Sabah, kerana rendahnya minat penduduk untuk divaksin, berasaskan pendaftaran. Namun, data tersebut tidak disokong di lapangan, kerana terbukti, minat penduduk menerima vaksin cukup luarbiasa.
Dalam tempoh beberapa hari lagi atau hanya mengira jam, pelonggaran bagi penduduk yang telah menerima vaksin lengkap, dibenarkan bergerak, dibenarkan menjalankan aktiviti, mungkin boleh merentas daerah/negeri. Jika keputusan ini dibuat, maka 2 juta penduduk Sabah kehilangan peluang.
Satu tanda tanya,mengapa Sabah perlu mengalah? Mengapa Sabah semacam disisikan? Bukan kah, penyebab jangkitan covid-19 yang dilawan sehingga kini berpunca daripada PRN-16 Sabah? Kerana impak tersebut, Sabah lebih bersedia melawan, sehingga dapat melandaikan jangkitan. Apa kah pemimpin Sabah tidak menyedari, bahawa pemimpin negeri lain yang dilanda teruk “sengaja” menterukkan jangkitan, supaya negeri mereka diberi keutamaan dalam PICK? Kerana mereka tahu, tiada kaedah lain keluar daripada cengkaman virus korona, melainkan menerusi pemvaksinan.
Tidak cemburu kah kita, di negeri-negeri tersebut, bukan sahaja bekalan vaksin cukup banyak,tetapi kaedah pemvaksinan pandu lalu pun tersedia, “walk-in” pun dibenarkan, manakala di negeri kita tidak sedikit yang telah mendaftar seawal minggu ke-3 Februari melalui MySejahtera, sehingga kini, belum menerima panggilan atau jadual!!!!.
Terkilannya pemimpin negeri, sudah awal-awal disuarakan, dan terpaksa berterima kasih, apabila pada Julai dan Ogos akan dibekalkan 2.2juta dos.
Terwujudnya imuniti kelompok apabila 80% penduduk telah menerima vaksin lengkap, dan untuk Sabah jumlah itu adalah 2,932,700, dan tentunya, jumlah dos yang diperlukan 2,932,700 kali 2 bersamaan 5,865,400 ditolak 700,000+2,200,000,maka Sabah masih mengunggu 2,965,400 dos.
Sudah lah Sabah tercorot daripada segi peratusan penduduk yang telah divaksin, tetapi PERLU MENGALAH LAGI!!!!
No comments:
Post a Comment