Monday, July 19, 2021

KELONGGARAN BERGERAK PENERIMA DUA DOS VAKSIN-SABAH TERTINGGAL LAGI

APAKAH disebabkan sambutan pendaftaran menerusi MySejahtera pada peringkat awalnya lembab di Sabah, penyebab sedikitnya bekalan vaksin? Jika itu sebabnya, TIADA yang boleh disalahkan, melainkan penduduk Sabah sendiri.

Walaupun Sabah sudah beralih pada Fasa 2 PPN, namun daripada segi peratusan penduduk yang telah menerima vaksin, berada dikedudukan tercorot.

Jika selepas Sambutan Hari Raya Aidil Adha, diputuskan, diberi kelonggaran bagi mereka yang telah lengkap divaksin, untuk bergerak atau membuka semula aktiviti perniagaan, maka ramai penduduk Sabah kehilangan peluang tersebut.

Sabah dikatakan pada bulan julai ini hanya menerima 1juta dos vaksin, ertinya hanya untuk 500,000 penerima lengkap. Ogos nanti, 1.2juta dos, maknanya untuk 600,000 penerima vaksin lengkap.

Penduduk Sabah yang memerlukan vaksin adalah hampir 3 juta, ertinya perlu 6 juta dos.

Penilaian untuk Sabah, apa kah penduduknya mahu divaksin, tidak boleh bersandarkan kepada jumlah yang mendaftar, kerana terbukti, menerusi Outreach, yakni PPV bergerak, sambutan luar biasa.

Momentum yang digerakan Kerajaan Negeri, sehinggakan melaksanakan pendekatan SIFAR Covid-19, menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri, memvaksin penduduk.

Lojiknya, Kerajaan Negeri perlu dibekalkan keperluan vaksin, sesuai dengan kapasiti yang boleh dilaksanakan kerajaan negeri, bukannya bergantung pada jumlah pendaftaran menerusi MySejahtera, kerana sehingga kini pun, mereka yang mendaftar seawal minggu ke-3 Februari, 2021 belum mendapat jadual.

Penduduk Sabah mahu selamat juga, tidak mahu mengulangi kejadian impak PRN 16 Sabah, jauh sekali mencontohi, keadaan yang berlaku di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sabah, untuk mendokong perekonomian, bergantung pada industri pelancongan, perladangan, selain pembuatan. Jika sekiranya pemain dalam sektor ini telah divaksin, sudah tentu dapat membuka aktiviti mereka, untuk mengejar kesan sekian lama akibat ancaman corona virus.

2 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Tgk. ni lebih dr. 100 lagi Rakyat kita yg. terus diBUNUH BERAMAI2 dlm. GENOSID Covid-19 ni, yg. disyaki MAJORITI dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, HARI ni!!

Di - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840823/153-kematian-hari-ini-jumlah-tertinggi

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Lihat lagi PEMBUNUHAN BERAMAI2 bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita - dlm. GENOSID Covid-19 ni - terutamanya kerana diHALANG dpt. VAKSIN dgn. SEGERA oleh PEMBUNUH2/PEROMPAK2 HOMO Zionis NAZI khairy-azmin/BERSATU-PH/DAP!!

Di -
https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/07/18/47-deretan-van-jenazah-mangsa-covid19-memenuhi-kawasan-tanah-perkuburan-islam-seksyen-21-shah-alam/

Blog Archive