Monday, July 19, 2021

KERAJAAN GAGAL: HANYA MAINAN PEMIMPIN BERMASALAH

WALAUPUN pilihan raya satu-satunya jalan untuk menyelesaikan gangguan politik ketika ini, namun ianya tidak sesuai diadakan ketika pandemik Covid-19 masih mengancam nyawa rakyat.

Memang kerajaan melihat keperluan pilihan raya perlu segera diadakan, atas sebab itu program PICK ditingkatkan dan sasaran imuniti kelompok diawalkan, dan jika boleh seawal Oktober ini.

Kerajaan SEDAR tidak boleh membiarkan gangguan politik daripada pemimpin politik yang kemaruk kuasa. Mereka ini, benar-benar memanfaatkan kesan daripada pandemik Covid-19 terhadap kesihatan dan ekonomi rakyat.

Para pemimpin yang membangkang kerajaan, langsung tidak memberi merit kepada sebarang tindakan kerajaan, malah mereka sepakat memberi gambaran kepada rakyat, kerajaan hari ini adalah kerajaan gagal.

Adalah sangat keterlaluan, hanya kerana satu faktor- corona virus, musuh yang tidak kenampakan, tidak tahu bersarang di mana, musuh yang menyerang manusia sejagad, dijadikan faktor, untuk menunjukkan kerajaan gagal.

Memang mudah melabel negara gagal jika bukan sendiri mentadbir, sedangkan semua kaedah melawan corona virus yang dilaksanakan kerajaan, adalah jalan sebaik-baiknya, dan tiada lagi jalan lebih baik daripada itu. Malah sebahagian cara kerajaan, dijadikan contoh oleh negara-negara luar termasuk Australia.

Rakyat negara ini diminta jangan sangat terikut sentimen, menjadi pak turut para pemimpin tertentu yang sentiasa mencari ruang dan peluang mengherdik kerajaan.

Kita semua kena sedar, motif mereka itu jelas, mencuri tumpuan dan meraih sokongan, iaitu merampas kuasa. Sentimen ini akan terus ditiup dan diapi-apikan tanpa henti.

Golongan ini, lebih memikirkan bagaimana memperkecilkaan dan menidakkan kemampuan kerajaan. Paling penting bagaimana caranya mencuri kredit dan perhatian rakyat daripada mengutamakan matlamat mendepani cabaran.

Penulis yakin, apabila negara pulih, golongan ini lah yang akan mendabik dada, bertindak lebih sudu daripada kuah, kerana inisiatif mereka lah, negara kembali normal.

Kita semua sedar, walaupun Kerajaan sedang berhadapan dengan musuh yang terbesar ini, dan menggunakan sumber yang terhad, namun kerajaan kekal di landasan betul, kerana sistem pentadbiran dan jentera kerajaan masih terkawal dan beroperasi seperti biasa.

Negara secara amnya masih aman dan terperlihara. Peperangan melawan covid-19 masih berterusan dan diperkasakan. Ia belum boleh dianggap tewas.

No comments:

Blog Archive