Monday, July 19, 2021

TAED PULA GILIRAN FITNAH BLOGGER TANJAAN PARTI WARISAN

Blog tajaan Parti Warisan inisabahbah.com tahu bodoh itu percuma, maka menulis tidak berfakta berkaitan TAED (Tanjung Aru Eco Development), menunjukkan gambar-gambar pokok yang ditebang, sedangkan pangkal pokok tersebut bukan pun dikawasan pantai tersebut. Entah dari hutan mana, asal pangkal pokok tersebut.

Pantai Tanjung Aru bukan pun kawasan larangan. Sesiapapun boleh datang untuk mengambil tahu, benar kah ada pokok-pokok ditebang seperti mana dimuat naik dalam blog tersebut. Diulangi, kerana kebodohan itu percuma, maka tulisan tersebut, bukan sahaja fitnah, tetapi penulisnya menunjukkan kebodohan tahap gaban.

Pokok-pokok rhu di pantai tersebut, ada yang berumur puluhan tahun. Sifat pokok, ada masa mereput atau mati. Sebab itu dalam ilmu perhutanan, menebang pokok-pokok ada lah satu kaedah merangsang pokok-pokok baru tumbuh, kerana pokok tua, kalau tidak ditebangpun, akan tumbang kerana mati.

Pokok mati, berlaku juga pada pokok rhu di pantai tersebut, dan ianya sudah berlaku sejak adanya pantai tersebut. Kerana terdapatnya pokok mati, atau belum mati, dan bakal tumbang, maka Jabatan Lanskap yang memantau pokok-pokok tersebut, bertindak pro-aktif, sebelum kejadian tidak diingini berlaku, terhadap penghujung pantai, maka menebang pokok-pokok yang bakal tumbang tersebut.

Penulis mendapat gambar, tiga pokok yang ditebang (gambar sebelum ditebang-rekod Jabatan Lanskap DBKK). Daripada gambar pokok sebelum ditebang, maka jelas, pokok-pokok yang ditandai bakal tumbang, kerana ciri-ciri pokok bakal mati memang demikian.

Pembangunan TAED, dijadikan isu politik semasa PRU-14 oleh parti Warisan. Semasa kempen, mereka berdegar-degar akan membatalkan projek pembangunan tersebut. Namun, selepas memerintah, mereka bertindak sebaliknya, akan tetapi tidak sempat merealisasikannya Kerana kerajaan yang diterajui Datuk Shafie tumbang.

Oleh kerana pembangunan pantai tersebut mempunyai impak besar kepada perekonomian, alam sekitar dan seterusnya untuk diwariskan kepada generasi akan datang, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meneruskannya.

Sekilas Pandang Projek TAED

PENULIS masih ingat Pelancaran Pembangunan Eko Tanjung Aru pada 16 September, 2013 bertempat di Taman Prince Phillip oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Kebetulan hari pelancaran tersebut, telah genap 50 tahun penyertaan Sabah dalam Malaysia.

Acara gilang gemilang tersebut, turut dihadiri Mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bersama isteri, mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin (kini Perdana Menteri ke-8 Malaysia) bersama isteri.

Semasa pelancaran tersebut, Musa mengingatkan rakyat Sabah bahawa Pantai Tanjung Aru mempunyai catitan sejarah yang amat panjang bagi rakyat Sabah, selain cerita-cerita nostalgia lain.

Pantai Tanjung Aru, di masa lalu, merupakan kawasan yang dekat dengan hati rakyat, khususnya mereka yang mencari ketenangan, kerana dikurniakan pantai yang cantik, air laut yang landai, serta pemandangan indah di masa sore, khususnya saat-saat matahari terbit.

Keindahan semulajadi tersebut, kerana perkembangan masa, mula terhakis, kerana perubahan alam, seperti hakisan, kawasan pantai yang menyempit, selain tanah-tanah lapang yang tidak terurus.

Adalah merugikan generasi akan datang, jika hanya mendengar cerita-cerita atau gambaran pantai tersebut di awal kemerdekaan atau jauh sebelum itu. Atas sebab itu, kerajaan Sabah era Barisan Nasional Sabah, mengambil inisiatif untuk membangunkan Taman Prince Pillip mendekati keadaan lampau, menerusi pendekatan moden, semata-mata untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Kerja-kerja memulihkan dan pembangunan telah bermula pada tahun 2017, namun kelancaran pembangunan tersebut terbantut, apabila Kerajaan Sabah bertukar.

Kini, menerusi Kerajaan GRS, yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor yang juga merupakan anggota kabinet era Musa semasa pelancaran pembangunan Eko Tanjung Aru, meneruskan pelan pembangunan seperti mana dirancang 7 tahun lalu.

Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru adalah syarikat milik kerajaan negeri Sabah di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Dianggarkan Projek Pembangunan Eko Tanjung Aru akan menelan kos RM7bilion. Apabila siap kelak, kawasan tersebut bakal menjadi ikon pelancongan bukan sahaja di Sabah akan tetapi negara ini.

Juga menerusi pembangunan tersebut, bakal membuka banyak peluang-peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabah.

No comments:

Blog Archive