SEMASA pandemik Covid-19 ini, atas tujuan menyelamatkan nyawa, mengelak kebuluran, maka pembuat dasar bertindak dwifungsi.
Amalan dalam sistem demokrasi, wakil rakyat adalah pembuat dasar, manakala agensi kerajaan adalah pelaksana dasar.
Kerana Covid-19, penyebab keabnormalan, maka pembuat dasar bertindak sebagai pembuat dan pelaksana dasar, walaupun ada sebahagian wakil rakyat mempertahankan status quo, kekal sebagai pembuat dasar.
Bakul makanan, menjadi produk paling terkenal, atas sebab, produk tersebut menjadi kegemaran mana-mana pihak untuk diabadikan sebagai foto kenangan-kenangan yang dimuatkan di laman sosial masing-masing. Kerana bakul makanan juga, ada pemberi, melanggar kawasan PKPD, hanya untuk tujuan berswafoto dengan bakul bersama penerima.
Kalau bakul makanan berjumlah 100,000, maka 100,000 juga foto yang disnap bersama penerima dan penyampai. Tidak pelik, apabila dikongsikan pemimpin atau wakil rakyat sedang mengendong bakul.
Mungkin menghargai, makanan dalam bakul, bakal menjadi darah daging penerima, juga sebagai amal jariah yang berbekas untuk masa yang panjang, kerana acara seperti ini mungkin berulang dalam tempoh 100 tahun, ambil contoh pandemik spanish Flu (flu bukan fly).
Di negara kita, jika dahulunya bantuan bakul makanan, memang sebahagian daripada amal jariah sipemberi yang biasanya bersifat individu atau kelompok individu, namun semasa pandemik ini, ianya bertukar kepada bentuk bantuan yang sangat perlu yang bersumber daripada wang kerajaan, samada wang kerajaan negeri mahupun persekutuan.
Di Sabah misalnya, setiap ADUN menerima RM100K, kemudian 2 minggu lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan RM300K setiap ahli parlimen. Tujuan penyaluran wang kerajaan ini, adalah untuk menyediakan bakul makanan di setiap Parlimen dan DUN.
Di Sabah kerana ada parlimen mempunyai 2, 3, 4 DUN, maka setiap kawasan parlimen mendapat saluran wang kerajaan 500K, 600K dan 700K. Dalam amaun ini, belum lagi diambilkira bantuan makanan yang dibiayai kerajaan menerusi NADMA, belum diambil kira bantuan tunai secara one-off, bantuan BPN, MyBPR dan bantuan-bantuan lain.
Kalau di antara kita, suka mencari-cari negara mana lagi, bertindak serupa dengan negara kita, kita akan temui “not found”.
Rakyat negara ini, sebenarnya sekaian lama dimanjakan, kerana hanya satu isu “kemiskinan” . Semasa pandemik ini, hanya satu isu “rakyat yang paling terkesan”.
Malangnya, niawatu yang asalnya cukup murni, menjadi isu politik, menjadi isu kecemburuan, menjadi isu ketidak adilan. Mengapa? Kerana ada rakyat yang benar-benar memerlukan, terlepas padang. Kerana terlepas padang tersebut, kemudian dimomokkan dengan laporan-laporan sensasi yang berpunca daripada kejadian terpencil, bantuan kerajaan yang berjumlah bilion ringgit, seolah-olah bertukar bagai kan sebutir pasir di tengah padang pasir.
Tindakan menidakan bantuan kerajaan, digerakan bendera putih, kemudiannya diangkat oleh pemimpin tertentu, untuk dijadikan alasan, sebagai hujah NEGARA GAGAL (Bendera putih, sebahagian alasan Umno menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhiyiddin Yassin).
Istilah Negara Gagal, walaupun sangat teknikal, tetapi ada rakyat yang terpancing, kerana ianya diulang-ulang oleh pemimpin tertentu, mengikut cara pakar propaganda Hilter- Joseph Goebbles, isu tidak betul, boleh bertukar betul, apabila ianya diulang-ulang.
Apabila negara mencapai imuniti kelompok, kemudiannya aktiviti ekonomi berfungsi seperti biasa, harap-harap bakul makan bukan lagi menjadi punca bendera putih, dan tidak dijadikan lagi sebagi hujah NEGARA GAGAL. Mungkin masa itu, bakul makanan bukan lagi produk terlaris!!!.
No comments:
Post a Comment