Thursday, July 22, 2021

VAKSIN UNTUK SABAH- APA MASALAHNYA?

PENULIS tumpang gembira membaca kesaksian mereka yang lengkap vaksin apabila dijangkiti hanya mengalami gejala ringan, dan sembuh kurang daripada seminggu. Tambahan lagi, pengalaman mereka yang dijangkiti tidak menjangkiti ahli keluarga lain, meskipun tinggal serumah.

Walaupun tumpang gembira, tapi disudut hati merasa sedih, atas sebab, ramai penduduk Sabah tidak mendapat peluang seperti itu, hanya kerana kurangnya bekalan vaksin. Semalam jumlah suntikan harian Sabah menurun mendadak, kerana kehabisan stok.

Isu kekurangan vaksin, semalam, seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah, mendesak, agar vaksin yang mencukupi dihantar segera ke Sabah, kerana mengambil kira varian delta.

Sepatutnya, Sabah tidak perlu mendesak, kerana rekod menunjukkan, peratus penduduk Sabah yang divaksin adalah tercorot di seluruh negara.

Jika diikutkan jumlah penduduk Sabah yang perlu divaksin adalah 2,932,700. Untuk vaksin lengkap maka memerlukan 5.9juta dos.

Setakat ini, walaupun Sabah telah bergerak ke fasa 2 PPN, akan tetapi kerajaan negeri memandang serius keperluan mempercepat PICK, kerana tidak mahu mengulangi pengalaman negeri impak daripada PRN-16 Sabah.

Penulis masih tertanya-tanya, mengapa kah Sabah dibekalkan vaksin hanya 700,00 dos sehingga Jun, 2021, sedangkan bekalan vaksin ke negara kita telah bermula seawal Februari.

Kadangkala, bekalan itu tidak seperti mana yang diharapkan, apabila pengendali kepada vaksin tersebut, tiada perancangan dan strategi.

Penulis hanya tersentak, apabila berlaku pertukaran Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah. Kemungkinan pertukaran tersebut ada hubungkait dengan program PICK di Sabah.

Sabah yang dilanda jangkitan seawal Oktober, 2020, sepatutnya, menerima vaksin yang sepadan dengan jumlah penduduk, atau setidak-tidaknya menerima bekalan seperti negeri jiran-Sarawak.

Jika pertimbangan adalah logistik, apa bezanya dengan Sarawak? Yang juga berhadapan dengan isu sama.

Penulis, hanya boleh meneka-neka, kemungkinan besar rendahnya penghantaran vaksin ke Sabah, adalah isu keboleh jangkauan Jabatan Kesihatan Sabah. Mungkin permohonan hanya mengambil kira jumlah hospital dan klinik, tanpa mengambilkira PPV, PPV bergerak dan pendekatan lain.

Penulis terus terang, peranan Jabatan Kesihatan Sabah, cukup lembab dalam penghebaan menggalak penduduk mendaftar.

Penulis sebelum ini beberapa kali menulis, Kerajaan Negeri perlu mengatur strategi untuk melipat gandakan pendaftaran.

Apabila monentum program PICK menuju puncak, untuk mencapai sasaran 20K atau 30K suntikan sehari, ternganga semua, KEHABISAN STOK. Dalam keadaan berlumba dengan masa, berlumba dengan kelajuan virus menular, keadaan seperti ini TIDAK patut berlaku.

1 comment:

MG1 said...

Percepat lah bagi kirim untuk Sabah Yang kekurangan bekal

Blog Archive