Wednesday, July 07, 2021

TINDAKAN ZAHID DIPENGARUHI ISU PRIBADI

KERANA isu pribadi yang melibatkan mahkamah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hilang pertimbangan sehingga tidak dapat memisahkan antara masalah pribadi dengan jawatan beliau sebagai Presiden Umno.

Adalah disedari, walaupun Zahid kelihatan tenang di luaran, akan tetapi bebanan kes mahkamah yang beliau hadapi terasa sangat berat bagi beliau.

Dalam keadaan bebanan yang sangat berat tersebut, beliau terpancing menggunakan kedudukan beliau sebagai Presiden sebagai gerakan taktikal untuk menyelamatkan kedudukan.

Janji jika terbentuknya kerajaan baharu, menerusi kerjasama dengan PH, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, kes mahkamah beliau akan digugurkan (walaupun tiada bukti nyata pernah dilaporkan kerana ianya berasaskan persepsi- yang bertitik tolak-tiada sebab bagi Zahid bertindak demikian, jika tidak melibatkan sesuatu yang amat berharga) seperti mana berlaku kepada Lim Guan Eng semasa PH mengambil tampuk pemerintahan negara. Kes mahkamah Zahid serupa dengan kes mahkamah Guan Eng, yang sama-sama sedang dibicarakan, semasa ianya digugurkan.

Kini, teka teki, berkaitan surat berkanun dan rakaman audio menyokong Anwar telah berjawab, yakni menerusi pengakuan Zahid sendiri. Pengakuan tersebut, jelas tindakan Presiden Umno tersebut adalah tindakan khianat bukan sahaja kepada parti akan tetapi khianat terhadap 3.6juta ahli parti tersebut.

Sekarang kerana telah adanya pengakuan, tiada alasan lagi bagi Biro disiplin Umno tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

Duluan sebelum ini, pemimpin parti yang hadir pada perjumpaan parti lawan pun, bukan sahaja diambil tindakan malah termasuk dipecat keahlian. Selain itu, pemimpin yang mendedahkan adanya perbualan audiopun, diambil tindakan menggantung keahlian. Ini kan pula, tindakan khianat kepada ahli-ahli parti. Tahun 2016, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dipecat daripada Timbalan Presiden dan ahli Umno kerana mengeritik cara penanganan isu 1MDB, dan peliknya, TSMY tidak khianat kepada parti dan ahli parti sewaktu dipecat.

Tidak dinafikan, Zahid mendapat sokongan daripada para pemimpin yang ditolak rakyat, kerana mereka itu, mencuba pendekatan baharu untuk bangkit atau kekal relevan.

Ada lah alasan lemah atau silap, jika ahli-ahli parti mahu meletakkan harapan mereka kepada para pemimpin yang telah ditolak, walaupun mereka itu, mempunyai kedudukan dalam hiraki parti.

Telah jelas sudah, gerakan menumbangkan Kerajaan PN, menerusi penjajaran baharu, bukannya untuk kepentingan rakyat dan negara, akan tetapi lebih menjurus kepada isu pribadi.

Apabila diamati daripada awal, gerakan menumbangkan kerajaan, kerana didakwa mengurus pandemik Covid-19 dan impaknya, namun sehingga kini, mereka yang tersangat kemaruk mengambil alih tersebut, tidak mempunyai solusi selain mengeritik. Jelas, apabila mereka diberi peluang pun, akan melakukan pendekatan sama seperti mana yang dilakukan kerajaan, kerana TIADA cara lain daripada itu.

Sejak Pandemik Covid-19 menghantui dunia, tiada sebuah negara pun berjaya menang, termasuk lah Malaysia.

Pencapaian negara ini, hanya berlaku pada 1 Julai, 2020, apabila TIADA jangkitan dalam negara, walaupun merekodkan 1 jangkitan import.

No comments:

Blog Archive