TUJUH (7) sebab (baca di page facebook Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Ahmad Maslan, Datuk Tengku Adnan Mansor, atau Isham Jalil) dilihat sebagai tindakan yang difikirkan semula.
Selain tindakan yang difikirkan semula, ianya berunsur politik semata-mata.
Bukan sahaja berunsur politik, akan tetapi merupakan penilaian yang tersangat tidak adil malah berunsur ketidak jujuran.
Penulis tidak ingin membahas alasan-alasan yang dikemukakan, kerana kesimpulan penulis dirangkum pada 3 baris ayat-ayat di atas.
Bagi penulis, tindakan parti Umno seperti yang diumumkan Datuk Ahmad Zahid awal pagi Khamis selepas mesyuarat khas MKT Umno, adalah SATU pengulangan keputusan PAU 2020 pada Mac lalu, hanya sedikit tambahan, kali ini dimasukkan keputusan baharu- MEMINTA TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN meletakkan jawatan bagi membuka jalan melantik Perdana Menteri ke-9.
Kesimpulan penulis, tindakan Ahmad Zahid dan MKT yang menyokong tindakan tersebut mencerminkan KEGAGALAN menumbangkan KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL.
Tindakan meminta PM meletakkan jawatan, dan masa sama Umno mencadangkan melantik PM-9, tidak akan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tidak akan menyertai Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan.
Dalam senario demikian, mekanisme apa yang boleh digunakan untuk menentukan sokongan majoriti?
Rupanya Umno mahu kembali sebagai parti pembangkang seperti mana sebelum 1 Mac, 2020? Dan mahu kerajaan yang tumbang pada Februari, 2020 kembali menerajui Kerajaan semula.
Nampaknya, perkara yang tersirat pada pengumuman Zahid pada pagi khamis, Umno mahu kembali sebagai Parti Pembangkang.
Sebagai fakta, meskipun Umno menarik sokongan, sepatutnya isu penarikan tidak timbul, kerana Umno sebagai parti TIDAK pernah menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pengelibatan Umno dalam kerajaan semata-mata menerusi ahli parlimen parti tersebut. Maknanya, walaupun Umno sebagai parti menarik sokongan, ianya TIDAK berimpak, jika AP parti itu kekal menyokong.
Setakat tulisan ini sedang dipersiapkan belum ada TINDAK BALAS daripada AP Umno yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan, apa kah mereka akan AKUR dengan keputusan parti. Jika 35 AP parti itu kekal menyokong kerajaan seperti mana dilaporkan sebelum pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid, di atas kertas kerajaan PN masih kekal, dan TIADA keperluan Perdana Menteri meletakkan jawatan.
No comments:
Post a Comment