Friday, July 09, 2021

TIDAK PERLU ANALISIS PAKAR: TSMY MASIH ADA SOKONGAN LEBIH SEPARUH AHLI PARLIMEN

SEMENJAK 1 Mac, 2020, TIADA mana-mana pihak yang pernah mendapat sokongan lebih separuh 220 AP, kecuali TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN.

Jika sekiranya ada PIHAK yang ada sokongan lebih separuh, ditambah lagi keputusan parti Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, penulis yakin seawal subuh lagi pada 8 Julai, mereka itu sudah berkampung di PINTU Istana Negara, mohon menghadap Seri Paduka Baginda Agong (SPBA).

Kerana keadaan itu TIDAK berlaku, MEREKA kononnya menunggu SIDANG parlimen pada 26 Julai sehingga 2 Ogos, untuk MENCARI peluang USUL TIDAK PERCAYA. Juga dalam senario yang digerakkan termasuk tarikan sokongan Umno dari PN, membina persepsi, TSMY kehilangan sokongan agar terdesak untuk kerajaan membawa USUL PERCAYA.

Mengadili budaya mereka yang kemaruk kuasa, yang tiada sifat-sifat kesabaran, menunggu kerajaan membawa USUL PERCAYA, bukan budaya mereka, JIKA MEREKA “Have the Numbers”.

Ada lah tepat, kenyataan Peguam Negara-Tan Sri Idris Harun, Kerajaan berfungsi seperti biasa, atas sebab sokongan terhadap Perdana Menteri tidak tergugat.

Di Sabah, kerajaan yang dianggotai Umno dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- menerusi reaksi segera ekoran keputusan Umno Pusat menarik sokongan dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) -Pengerusi Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin menegaskan, Umno Sabah bukan sahaja kekal bersama gabungan tersebut tetapi terus memperkasakannya, kerana itu lah aspirasi rakyat Sabah.

Melihat dari jauh, reaksi TSMY berkaitan tindakan Umno, tanpa reaksi, menunjukkan, bagai mana matangnya Perdana Menteri. Tindakan tidak melatah pemimpin kerajaan, adalah sifat-sifat terpuji, walaupun Ketua Penerangan Bersatu memberi penjelasan dan penafian berkaitan DAKWAAN melulu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan KERAJAAN GAGAL.

Bagi penulis, dakwaan kerajaan gagal, bukan sahaja persepsi, akan tetapi ULANG SIAR, dakwaan pemimpin pembangkang, yang mengenepikan fakta dan kebenaran, berkaitan usaha-usaha, pendekatan dan pengurusan Kerajaan melawan corona virus dan impaknya.

Kalau semua kita berfikiran terbuka, dan membandingkan pencapaian dan kebolehan kerajaan mengurus pandemik covid-19 dan impaknya, sebenarnya di landasan betul, berbanding dengan negara-negara maju, termasuk negara-negara pengeluar vaksin.

Hanya kerana sebahagian daripada kita MENUTUP mata, DAN tidak mahu melihat pencapaian negara, terutama tindakan BOSSKU, yang senantiasa memuat belit fakta, maka akhirnya KITA terjerumus kepada golongan yang TIDAK mampu mengucapkan- bersyukur.

Kini, terbukti sudah, tindakan-tindakan BOSSKU, mempunyai muslihat TIDAK JUJUR, dan dibuktikan, apabila Umno menarik sokongan dari kerajaan PN pra-matang!!!. Hanya terletak pada KITA untuk menepuk dada tanya selera, menilai prilaku pemimpin seumpama ini. Fikir-Fikirkan.

5 comments:

Unknown said...

Tungguuuuuu

Unknown said...

Apa buat bagussss

Unknown said...

Ph dijatuhkan bagussss. PN nak dijatuhkan.. Tak bagusssd

Unknown said...

Talam dua muka...

Unknown said...

Dalam. Islam Munafik

Blog Archive