Friday, July 09, 2021

ZAHID DESAK TSMY LETAK JAWATAN-HANYA GERTAK SAMBAL

BUKAN sahaja pelik, tetapi tidak lojik, akan adanya Perdana Menteri tajaan Umno No Anwar dan No DAP Led Government.

Mungkin maksud Zahid adalah PERDANA MENTERI sementara yang dilantik Seri Paduka Agong (SPBA) yang bukan berpandukan kepada sokongan ahli parlimen.

Perdana Menteri sementara, walaupun tiada dalam Perlembagaan, tetapi ada duluan sebelum ini, apabila Tun Dr Mahathir Mohammad, pemimpin pertama dilantik ke jawatan tersebut.

Seperti mana yang kita ketahui, tempoh Perdana Menteri Sementara tersangat singkat (24 Februari-29 Februari, 2020).

Bertambah pelik lagi, apabila Dato Seri Najib Razak menginterpretasi tindakan tarik sokongan MKT Umno, bukannya kepada PN, akan tetapi HANYA kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin. Dakwaan mantan Perdana Menteri itu, apabila TSMY meletakkan jawatan, maka akan TERWUJUD kerajaan yang stabil, kononnya itu lah intipati atau hasrat SPBA. Interpretasi beliau tersebut, seolah-olah mahu mengheret Agong ke dalam perrmainan politik, yang beliau gambarkan, bahawa Agong berkeyakinan, bahawa kestabilan politik akan terwujud, apabila TSMY meletakkan jawatan.

Tindakan DOLAK DALIK seperti mana digambarkan Dato Seri Najib, mencerminkan bagaimana terdesaknya KLUSTER MAHKAMAH, sehingga TIDAK mampu lagi berhujah berasaskan kewajaran, terutama berkaitan hujah hanya melalui perletakan jawatan Perdana Menteri, dapat mengwujudkan kestabilan politik, dan masa sama, akan berjaya melawan pandemik covid-19 dan segala impaknya.

Kini, Zahid and the geng sedar, bahawa ahli parlimen parti, masih lagi mampu berfikir dengan waras, dan tidak mahu terheret kepada TINDAKAN sembrono, yang natizahnya TIDAK membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Selain itu, rakyat secara umumnya SUDAH dapat menilai, sejauh mana perjuangan Zahid and the geng, rupanya keutamaan mereka adalah hal-hal yang berkaitan pribadi.

Penulis terbaca, hujah salah seorang ahli MKT daripada Sabah, seorang pemimpin parti yang ditolak dengan teruk oleh pengundi Sabah pada PRU-14 lalu, yang mana intipati hujah beliau, JIKA kerajaan PN berjaya keluar daripada ancaman pandemik covid-19, maka Umno tidak akan diberi kredit, sebaliknya Kerajaan PN. Hujah itu bukan sahaja cetek tetapi tidak berpijak pada bumi nyata. Atas sebab jika kerajaan PN berjaya menang melawan virus corona, atas sebab pemain utama adalah AP Umno. Mengapa dikatakan demikian? Sebabnya yang bertanggungjawab soal-soal Kluster Keselamatan adalah AP Umno, yang kini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri yang menyelaras PICK (program imunisasi Covid-19 Kebangsaan) adalah AP Umno-Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri yang menjaga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah AP Umno-Datuk Adham Baba. Menteri yang mengurus sumbangan luar berkaitan vaksin adalah AP Umno- Menteri Kanan Luar Negara- Datuk Hishamuddin Hussein. Rakyat negara ini TIDAK lah buta sangat, mereka tahu apa yang berlaku. Ahli MKT tersebut, barangkali berfikir, bahawa rakyat masih duduk dalam gua atau SILO.(terkini ahli MKT tersebut menuding jari, bahawa hujah beliau disalah anggap dan kononnya dipotong-potang, malah menuduh, mereka yang memviralkan hujah beliau tersebut adalah MUSUH Umno, sedangkan orang pertama menaik muat hujah tersebut di laman sosial adalah AP Umno sendiri).

Jika ditilik, jika hujah ahli MKT Umno daripada Sabah tersebut mewakili MKT yang sehaluan dengan Zahid and the geng, cukup JELAS, kecemburan bersarang di dada mereka, sehingga terlupa perjuangan parti yang bervisi, DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR (ABATA).

Selepas pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan penarikan sokongan Umno dari kerajaan PN, keluar pula kenyataan susulan daripada Setiusaha Agung Parti, kononnya keputusan yang dirumuskan MKT, bahawa AP parti bebas memutuskan halatuju masing-masing atau dengan kata lain bergantung pada budibicara masing-masing, apa kah menyokong kerajaan atau sebaliknya, namun ada SYARAT tambahan, semua AP perlu menjadikan keputusan parti sebagai PANDUAN.

Mellihat kepada keputusan ding dong tersebut, dapat DISIMPULKAN, tidak adanya PERDANA MENTERI tajaan Umno, sebaliknya, mengekalkan STATUS QUO.

No comments:

Blog Archive