KERANA kita terbiasa menerusi sistem berpalimen, bahawa kerajaan STABIL itu, apabila majoriti BERJELA-JELA, sedangkan maksudnya bukan demikian.
Jika parti yang membangkang, sanggup menunggu tamatnya penggal sesebuah kerajaan, walaupun kerajaan yang bermajoriti mudah, dengan kelebihan satu (1) kerusipun masih dianggap KERAJAAN stabil, jika TIDAK diancam untuk ditumbangkan menerusi tindakan “cross the floor” atau istilah popular “lompat katak”.
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk, bukan kerana angkara parti-parti yang kalah pada PRU-14 lalu, akan tetapi ditumbangkan sendiri oleh parti-parti yang menang.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, tumbang kerana Bersatu dan sebahagian AP PKR menarik diri, menerusi LANGKAH SHERATON pada Februari, 2020. Akibat penarikkan sokongan tersebut, maka PH hilang majoriti mudah, yang menyebabkan Perdana Menteri letak jawatan dan dengan sendirinya kerajaan juga tumbang.
Dalam situasi tiada kerajaan tersebut, maka SPBA memanggil semua AP menghadap untuk mengenalpasti AP yang mempunyai sokongan majoriti. Pada pusingan pertama, tiada AP atau pemimpin yang mendapat sokongan majoriti. Pada pusingan ke-2, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mendapat sokongan 114 daripada 222. Kerana keputusan tersebut, SPBA melantik TSMY sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac, 2020.
Jika ada cerita, bahawa kerajaan sekarang TIDAK diberi mandat oleh rakyat, memang betul 100%, kerana parti-parti yang mendokong kerajaan hari ini, adalah sebahagian daripada parti-parti yang kalah pada PRU-14.
Berbalik kepada KERAJAAN STABIL, jika melihat kepada jumlah sokongan, dan mengekalkan sokongan tersebut TANPA diganggu, maka kerajaan akan kekal stabil sehingga tamat penggal atau lebih awal.
Pada awal pembentukan kerajaan hari ini, Umno sebagai parti yang mempunyai AP terbanyak, awal-awal lagi membuat kenyataan, bahawa sokongan bukan ATAS sokongan parti, tetapi AP parti. Dan sokongan tersebut sehingga lah parlimen dibubarkan. Tujuan syarat tersebut, adalah untuk kepentingan rakyat dan negara.
Walaupun hanya AP Umno yang menyokong, akan tetapi, dalam pembentukan kabinet, AP-AP daripada parti tersebut diberi peranaan besar, malah jika diikutkan cerita AP parti itu diberikan kedudukan Timbalan Perdana Menteri, tetapi ianya bertukar kepada pengwujudan MENTERI KANAN.
TSMY dalam sidang pertama selepas mengangkat sumpah, dengan tegas menyatakan, bahawa kabinet yang bakal dibentuk, adalah KABINET PRIHATIN, dan pra-syarat, semua yang dilantik, BEBAS kes mahkamah.
Sejarah tercatit lagi, mengikuti keputusan PRU-14, apabila Presiden Umno bukan Perdana Menteri. Dan dalam kabinet Kerajaan PN, Presiden tidak dalam kabinet. Demikian juga Timbalan Presiden, tidak berada dalam kabinet, sebabnya bukan AP. Jika diikutkan cerita awal, Timbalan Presiden dilantik ahli dewan negara, untuk membolehkan dilantik sebagai TPM.
Pergolakan dalaman Umno yang berpunca daripada dijatuhinya hukuman bersalah terhadap Dato Seri Najib Razak pada Julai, 2020. Kerana pergolakan tersebut, maka “gerakan taktikal” dijalankan, dengan menyasarkan kerajaan PN. Kita semua tahu, semasa PRN-16 Sabah, Dato Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media akan menghadap SPBA untuk mempersembahkan sokongan padu AP untuk tujuan pertimbangan Agong. Menerusi sidang media tersebut, secara tidak langsung kerajaan PN kehilangan sokongan.
Pada awalnya, ramai yang berpendapat, sidang media Presiden PKR tersebut, adalah satu strategi mempengaruhi pengundi Sabah untuk menyokong Warisan Plus dan calon-calon PKR di Sabah.
Namun selepas itu, telah didedahkan, punca Anwar membuat kenyataan demikian, kerana adanya satu surat yang ditujukan kepada SPBA yang ditandatangi Presiden Umno bersaksikan Dato Seri Najib Razak, bahawa Umno menyokong Dato Seri Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.
Sehingga kini Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mengaku, bahawa surat tersebut adalah PALSU, sementara Dato Seri Najib pula, TIDAK memberi sebarang komen mengenainya.
Isu gerakan taktikal daripada Presiden dan sebahagian AP Umno tidak berhenti di situ. Selepas PAU2020, timbul pula rakaman percakapan audio antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (kedua-kedua pemimpin tersebut tampil menafikannya).
Gerakan Taktikal diteruskan, apabila AP Machang dan Padang Rengas menarik sokongan terhadap Kerajaan PN, yang dikatakan ‘PUNCA’ diistiharkan PROKLAMASI DARURAT.
Dalam tempoh darurat, gerakan taktikal berterusan, apabila ada AP Umno menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri (AP yang dimaksudkan itu adalah AP Jerantut Pahang, dan menurut laporan Malaysiakini semalam, beliau mengaku meletakan tandatangan pada SD tersebut untuk menyokong Presiden PKR tersebut dilantik sebagai Perdana Menteri).
Mungkin pihak Istana menyedari gerakan taktikal tersebut, atas sebab itu SPBA telah meminta semua Presiden parti menghadap, dengan satu tujuan, Baginda mahu mendapat maklum balas untuk dibawa ke Majlis Perbincangan Khas Raja-raja pada 16 Jun, 2021.
Apabila SPBA menitahkan Sidang Parlimen perlu diadakan SECEPAT MUNGKIN, dan Darurat tidak perlu diteruskan selamat tamat pada 1 Ogos, maka TIMBUL polimek baharu, antaranya KATA DUA parti Umno, meminta Parlimen Bersidang dalam tempoh 14 hari, dan kebetulan telahpun tamat pada 4 Julai, 2021.
Sebagai tindak balas kepada KATA DUA daripada Umno tersebut, AP Umno yang mesra Kerajaan PN, bertindak counter tactical, apabila 35 AP membuat pendirian kekal menyokong kerajaan PN seperti mana keputusan awal, semasa menyokong TSMY pada Februari, 2020.
COUNTER TACTICAL tersebut, dijawab oleh Presiden Umno, dengan mengumpul sokongan daripada 56 ahli MKT parti sebagai pelengkap kepada keputusan PAU2020 pada Mac lalu, yang memberi mandat kepada Presiden untuk menentukan MASA yang sesuai SEMUA ahli parlimen (AP) yang berjawatan dalam kerajaan menarik sokongan. Dikhabarkan, Datuk Ahmad Zahid mendapat 41 sokongan.
Malam ini, dikatakan MKT Umno akan mengadakan Mesyuarat Khas, dikatakan akan memutuskan tiga (3) agenda- Menarik keluar Umno daripada Kerajaan PN, Memaksa semua AP parti yang berjawatan melepaskan jawatan, dan Mengesahkan keputusan menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan.
Namun, sebelum MKT, perkara menarik berlaku, pada hari ini, apabila Dato Seri Najib Razak (caption) membuat posting, yang membayangkan, adalah tiada manfaat menumbangkan kerajaan. Update yang berlapik tersebut, bermaksud, MENERUSKAN kerajaan hari ini, atas sebab keadaan yang TIDAK kondusif, termasuk mengadakan pilihanraya. Kenyataan Mantan Perdana Menteri tersebut membawa 1001 pengertian, bagi yang mahu memahami.
5 comments:
BANGKAI ANJING betul si blogger pro-BERSATU NAZI ni!! Nak putaq belit pula cakap2 YAM DS Najib teeCINTA kami!!
Inilah akibatnya bila syarikat rangkaian HOSPITAL kedua TERBESAR dlm. NEGARA dgn. 77 HOSPITAL di 10 NEGARA, IHH Bhd. yg. diBANGUNkan dgn. amat PENAT LELAH oleh Mantan PM/PENGERUSI KHAZANAH, YAM DS Najib & KERAJAAN UMNO/BN dulu - telah diROMPAK habis2an oleh si PEROMPAK/PEMBUNUH HOMO Zionis NAZI azmin/rejim PH & geng rejim JEPUN depa, yg skrg. juga MENGUASAI 6 HOSPITAL2 GERGASI kat NEGARA ISLAM kita ni!!
Sdgkan seorg. PESAKIT baru diBIAQkan MATI kat LANTAI tanpa sebarang TILAM di HKL!! PECAT segera PENGARAH HKL ni!!
BINATANG betul rejim2 PEMBUNUH/PEROMPAK Zionis NAZI PH/BERSATU ni!!
Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/penggunaan-katil-di-hospital-kuala-lumpur-hkl-meningkat-berikutan-lonjakan-kes-c/10157989208615952/
Tgk. alasan SAMPAH si Pengarah PARASIT HOSPITAL KL ni!! Kalau TAK cukup katil pun @ sbb. PERUBATAN kononnya - TAK kan sekeping TILAM pun tak dak utk. PESAKIT amat MALANG ni!! Pi MAMPOS lu PENGARAH GILA!!
Dahlah IDENTITI jenazah Pesakit MALANG ni diSEMBUNYIkan!!
Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/725998/pesakit-dirawat-di-atas-lantai-kerana-katil-penuh-hkl
Tgk. ROMPAKAN Vaksin2 RAKYAT kita, terutamanya HAK bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita, diteruskan sewenangnya oleh si PENDATANG KAFIR Cina DAPpengganas ni - bawah PEROMPAK2/PEMBUNUH2 HOMO binatang BUAS Zionis NAZI khairy/azmin/rejim2 PH-BERSATU ni - utk. memVAKSINkan berJUTA2 Pekerja Asing/PATI2 yg. menDOMINASI Industri2 tempatan & asing GERGASI & KAYA-RAYA!!
Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-ppvin-di-picc-mula-beroperasi-hari-ini-306672
NOTA: Yg. menCURIGAkan lagi - ROMPAKAN terhdp. syarikat GLC (separuh Kjaan) rangkaian HOSPITAL, IHH Bhd. ni dilakukan waktu rejim PEROMPAK/PEMBUNUH HOMO Zionis NAZI PH, sebelum Wabak COVID-19 oleh sekutu kuat US/ISrael/NATO, JEPUN - apalagi bila VIRUS2 Covid-19 ni disyaki diCIPTA oleh si rejim2 PENGGANAS/PEMBUNUH/PEROMPAK US/ISrael/NATO (Kesatuan Tentera PENGGANAS Eropah, yg. termsk. US/ISrael/Australia/NZ/Canada) ni, yg. menSASARkan DNA bangsa2 tertentu, termsk. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita ni!!
Post a Comment