Sunday, July 04, 2021

KELEWATAN BEKALAN VAKSIN PENYEBAB PERATUSAN INOKULASI PENDUDUK SABAH RENDAH

PENDEKATAN silap bagi Jawatankuasa Khas Jaminan Akes Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi Sabah, jika mendasari rendahnya penghantaran vaksin ke Sabah kerana faktor rendahnya jumlah pendaftaran melalui MySejahtera.

Setakat semalam (3 Julai, 2021), statistik JKJAV penduduk Sabah mendaftar menerusi MySejahtera hanya 32.5% daripada 2,932,700juta penduduk berumur 18 tahun ke atas, manakala 13.18 peratus penduduk menerima dos pertama vaksin dan hanya 7.7 peratus lengkap dua dos.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah semasa memberi taklimat kepada Ketua Menteri Sabah pada 29 Jun, 2021, setakat 28 Jun, 2021 Sabah hanya menerima 628,390 dos vaksin. Daripada jumlah tersebut, 386,447 untuk dos pertama dan 225,690 dos kedua. Baki 16,253 dos, mungkin sudah habis digunakan semasa tulisan ini sedang dipersiapkan.

Jumlah dos vaksin yang dibekalkan kepada Sabah hanya 10.71 peratus daripada keperluan 5,865,400 dos.

Pihak JKJAV tidak tepat bersandar kepada pendaftaran melalui MySejahtera, faktor topografi dan logistik termasuk capaian internet, adalah penyebab rendahnya pendaftaran melalui maya.

Telah dibukti oleh pasukan outreach vaksin, kesungguhan penduduk Sabah mendapatkan inokulasi cukup tinggi, malah di PPV bergerak, sasaran awal 100 penduduk, tetapi yang hadir lebih 500. Juga, terdapat beberapa laporan PPV bergerak, bahawa vaksin yang dibawa habis tergunakan, berbanding penduduk yang hadir.

Melihat kepada kadar penggunaan vaksin di Sabah, menunjukkan, kesungguhan penduduk Sabah divaksin tidak mencerminkan jumlah pendaftaran menerusi Aplikasi yang digunapakai.

Menilai kelambatan bekalan vaksin, selain penilaian di lapangan, sesuai dengan pengalaman melandaikan lengkung jangkitan ekoran PRN-16 Sabah, Kerajaan Sabah melonggarkan SOP PPN fasa 1. Keputusan tersebut, untuk mengimbangi antara kepentingan kesihatan dan ekonomi. Kerajaan negeri berpandangan, adalah adil memberi kelonggaran untuk sektor ekonomi dan sosial tertentu, kerana sektor-sektor tersebut bukan punca jangkitan covid-19.

Sokongan agar Sabah mengunapakai SOP sendiri, bukan sahaja dikehendaki para pemimpin Kerajaan akan tetapi pemimpin parti politik pembangkang negeri. Kehendak kerajaan negeri tersebut, malah disokong majoriti rakyat yang terkesan impak PKP yang amat panjang, dan memenatkan.

Kerajaan negeri berpandangan, adalah tepat untuk memberi ruang kepada rakyat yang patuh SOP menjalankan aktviti-aktiviti yang terkawal dan difikirkan tidak menjadi punca penularan jangkitan.

Sabah, sesuai dengan pengalaman melandaikan lengkung jangkitan, telah mengamalkan SOP yang amat ketat, termasuk melarang rentas daerah atau Zon. Sebagai fakta, Daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu yang berada dalam satu lingkaran pun, dilarang merentas daerah/zon.

Tidak dapat dinafikan terdapatnya lokaliti diadakan PKPD, akan tetapi punca jangkitan adalah sporadik, dan didapati 14 hari adalah mencukupi mengekang penularan.

Keputusan Sabah melonggarkan SOP PPN Fasa 1, kerana kadar pematuhan yang cukup tinggi, melepasi 90% di merata negeri. Ada lah tepat membenarkan Sabah mengeluarkan SOP sendiri, agar, tekanan kepada perekonomian negeri tidak terjejas lebih jauh.

No comments:

Blog Archive