Thursday, July 29, 2021

APA SAHAJA PERKEMBANGAN DI SEBERANG-YANG PENTING KERAJAAN GRS KUKUH

TIDAK dapat dinafikan, jika KERAJAAN Persekutuan berganti, akan mempengaruhi Kerajaan-Kerajaan Negeri, kecuali Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Bagi Sarawak yang bakal mengadakan pilihan raya negeri, ada kemungkinan juga akan dipengaruhi sentimen politik semasa.

Sabah pula, yang telah mengadakan PRN-16 pada September tahun lalu, mempunyai masa 4 tahun lagi sebelum mengadakan pilihan raya. Hanya mungkin, pilihan raya membabitkan parlimen, akan dipengaruhi sentimen politik semasa.

Melihat perkembangan terkini, kebarangkalian adanya kerajaan baharu atau Perdana Menteri ke-9 atau bentuk pemerintahan lain, tidak dapat dielak.

Kemelut sudah terjadi, walaupun belum menjadi krisis.

Betul lah kata Mat Sabu- elefen fight elefen grass will suffer.

Hari ini, rakyat sedang berhadapan dengan 3 krisis serangkai-krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis politik.

Nampaknya rangkaian krisis ini, akan terus menghancam rakyat.

Bagi negeri-negeri yang kekal dengan kerajaan masing-masing, masih boleh bernafas, kerana mungkin tindakan kerajaan Persekutuan akan kekal sama, walaupun berbeza pendekatan, lain padang lain belalang.

Dalam keadaan sekarang, siapa pun Ketua Kerajaan, akan mengutamakan program PICK, akan mengutama PPN (pelan pemulihan negara), dan mungkin berubah pendekatan, mengikut rentak atau gaya ketua baharu.

Faktor yang diharapkan jangan berlaku, pembelaan terhadap rakyat diketepikan, seperti mana berlaku era Kerajaan Pakatan Harapan.

Rakyat kena akur, setiap kejadian, setiap perubahan, ada hikmahnya. Akan tetapi, kejadian elefen fight elefen jangan sampai grass suffer.

Bagi penulis, apa pun perkembangan di tanah sebarang, yang penting kerajaan GRS yang diterajui Datuk Hajiji Haji Noor kekal kukuh.

No comments:

Blog Archive