Monday, July 26, 2021

APA KEPENTINGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG PERTUKARAN PENGARAH JKNS?

TIDAK semua pemimpin pembangkang negeri Sabah cuba campur tangan berkaitan pertukaran Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), tetapi hanya sebahagian, kerana pertukaran kakitangan awam itu adalah perkara biasa dan berlaku setiap masa.

Campur tangan pemimpin politik, sepatutnya tidak timbul, dalam urusan pertukaran kakitangaan kerajaan, termasuk pergantian pengarah di sesebuah jabatan, ini kerana, setiap kakiktangan perlu bersedia berkhidmat mengikut arahan sesuai dengan keperluan perkhidamtan awam.

Apabila Perkhidmatan Awam melaksanakan Pertukaran, ianya sesuai dengan perancangan dan pergerakaan pegawai dalam perkhidmatan awam,  sebagai proses biasa untuk menggantikan mereka yang bersara. 

Pertukaran, selain bertujuan memperlancar pentadbiran, juga memberi peluang kepada pegawai yang ditukar tersebut suasana baharu, sebagai suntikan penyegaran.

Dr Christina Rundi dilantik ke jawatan Pengarah, pada tahun 2012, era Kerajaan Barisan Nsional, semasa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri. Kapasiti sebagai pengarah yang hampir 10 tahun, ada lah wajar disediakan untuk mengambil jawatan yang lebih tinggi, dan peluang itu, hanya boleh dilakukan apabila berpindah ke Putrajaya.

Tiada pemimpin politik boleh mempengaruhi perancangan Perkhidmatan Awam, kerana setiap pergerakan para peagwai awam, tertakluk kepada perkhidmatan awam.

Tidak timbul, seseorang perkhidmatan awam yang dilantik  semasa kerajaan tertentu, akan gagal berkhidmat dengan kerajaan of the day.

Hujah penyokong warisan termasuk blogger hantu (tanpa nama) tajaan partitersebut menulis menerusi borneovoice.wordpress.com, kononnya seseorang penjawat awam tersebut, jika dilantik dipengaruhi pemimpin politik, maka akan gagal meneruskan perkhidmatan pada Government of The Day.

Jika hujah mereka itu betul, mengapa Dr Christina boleh meneruskan perkhidmatan era Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal? Apa kah semasa era Kerajaan Warisan, Dr Christina terlibat politik? sehinggakan ada segelintir pemimpin pembangkang  protes, dan mendakwa kononnya pertukaran tersebut, kerana campur tangan Ketua Menteri Sabah, kerana isu "dine-in" yang tidak dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN), sedangkan isu tersebut tidak timbulpun diperingkat negeri, tidak timbulpun diperingkat JKNS.

Pemimpin dan penyokong Warisan termasuk penulis blog hantu, pura-pura tidak tahu, bahawa semasa Dr Christina dilantik, sebahagian menteri kerajaan sekarang terutama Ketua Menteri, adalah anggota kabinet yang merestui perlantikan beliau ke jawatan pengarah.

Atas sebab pertukaran pegawai kerajaan, ada lah kuasa mutlak perkhidmatan awam, berasaskan kepentingan dan kelancaran perkhidmatan awam, maka jika ada rayuanpun, sukar untuk dipertimbangkan, kerana keutamaan perkhidamtan awam, adalah untuk kepentingan dan perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu tahu kapasiti semua kakitangan beliau, termasuk lah Dr Christina Rundi.

Amalan pertukaran, dilaksanakan supaya, seseorang pegawai tidak merasa “tepu=saturated” pada jawatan yang sama, sehinggakan menghalang keupayaan atau kebolehan.

Sepatutnya, pemimpin pembangkang dan penyokongnya, melihat, pertukaran Dr Christina, adalah demi kebaikan pada karier beliau sendiri, bukannya ada maksud lain.

Seseorang kakitangan, perlu bersedia ditempatkan di mana sahaja, selagi berstatus penjawat awam, bukannya mengikut keselesaan di sesuatu tempat atau jawatan. Keselesaan, menghalang kepada tindakan proaktif dan progresif, sehinggakan memberi kesan kepada perkhidmatan, dan pada gilirannya, rakyat yang terkesan. Kerana pertimbangan ini, perkhidmatan awam menjadikan pertukaran seseorang pegawai, bukan sahaja amalan, akan tetapi tindakan yang perlu.

Sesetengah pemimpin pembangkang, yang mempolitikkan pertukaran Dr Christina, sebenarnya memalitkan imej negatif kepada penjawat awam tersebut, dan mereka cuba menggambarkan bahawa pegawai tersebut ada kecenderungan berpolitik.

Kepada pemimpin pembangkang terutama Warisan dan penyokongnya, jangan rosakkan perkhidmatan seseorang pegawai awam, dan mengkambing hitamkannya, semata-mata kerana politik. 

Penulis simpati dengan pegawai awam, yang dijadikan alat politik, tanpa kerelaan mereka. 

Kepada Dr Christina, pegang lah semangat sebagai penjawat awam, berkhidmat demi kepentingan perkhdimatan awam dan rakyat, kalis campur tangan fahaman politik.

Mendengar hujah pemimpin politik yang ditolak rakyat Sabah, adalah sia-sia, selain menjauhkan anda untuk memberi perkhidmatan terbaik. Patuh lah kepada kehendak perkhidmatan, kerana itu lah jalan terbaik memberi perkhidmatan.

No comments:

Blog Archive