Latest News

SHAFIE APDAL KEKAL DILUSI

DALAM satu siaran secara maya pada 9 Jun 2021, Datuk Shafie Apdal, bukan sahaja kekal dengan dilusi juga masih dalam sindrom penafian.

Presiden Warisan itu, MASIH menolak dikaitkan dengan jangkitan covid-19 yang mencanak naik sejak September, 2020 di negara dan berterusan sehingga kini.

Shafie meletakkan tindakan beliau meminta pembubaran DUN Sabah kepada para ADUN yang menurut beliau diberi habuan dan dibeli untuk berpaling tadah.

Shafie tidak menerima hakikat bahawa menerusi PRN-16 Sabah, rakyat Sabah menghukumnya, sedangkan mereka yang diberi mandat sekali lagi oleh rakyat, adalah mereka yang didakwa Shafie punca kepada tumbangnya kerajaan beliau.

Shafie adalah seorang pemimpin yang enggan menerima fakta, atas sebab itu, selama beliau menerajui Kerajaan Negeri, berbagai tindakan beliau, bukan sahaja melanggar norma-norma pemerintahan yang baik, akan tetapi suka melanggar peraturan-peraturan tertulis termasuk Perintah Am perjawatan negeri.

Pada hakikatnya, tulisan ini TIADA impak apa-apa, sebabnya Datuk Shafie Apdal bukan Ketua Menteri lagi, tetapi tujuan tulisan ini adalah untuk keperluan fakta rujukan masa depan.

Datuk Shafie selepas keluar daripada UMNO, PRU-14 adalah kali pertama menyertai pilihan raya menggunakan logo bukan dacing (Logo BN).

Keputusan PRU-14, parti Warisan pimpinan Shafie, DAP dan PKR menang 29 kerusi DUN. Jumlah itu tidak mencapai majoriti mudah 31 kerusi daripada 60 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Di pihak lain, BN juga menang 29 kerusi, juga tidak memiliki majoriti mudah. Namun, BN sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak, dijemput membentuk kerajaan. BN berjaya berpakat dengan STAR yang mempunyai 2 kerusi, untuk menubuhkan Kerajaan BN Plus Sabah pada 10 Mei, 2018, 24 jam selepas keputusan PRU tersebut diumumkan.

Tan Sri Musa Aman, Pengerusi BN Sabah bersama kabinet beliau telah mengangkat sumpah jawatan pada malam 10 Mei, 2018; dan seterusnya mengadakan Mesyuarat Pertama Kabinet pada 12 Mei, 2018.

Malangnya, pada masa kerajaan negeri sudah dibentuk, dan kabinet telah mengangkat sumpah, 6 ADUN yang belum sempat dilantik ke jawatan-jawatan politik, telah berpaling tadah, menyokong Shafie. Ekoran kejadian tersebut, TYT menerima bulat-bulat permintaan Shafie untuk dilantik sebagai Ketua Menteri. Menerusi tindakan TYT Sabah tersebut, maka telah berlaku dua Ketua Menteri pada masa yang sama.

Seperti mana yang diketahui, kemelut Ketua Menteri Sabah berpanjangan, sehingga PRN 16 Sabah selesai. Memandangkan parti yang disokong Musa diberi mandat sekali lagi oleh rakyat, mantan Ketua Menteri Sabah tersebut, telah membatalkan rayuan ISU Ketua Menteri sah Sabah.

Berbalik kepada hujah Shafie, jangkitan covid-19 tidak akan merebak, jika beliau tidak ditumbangkan.

Hujah Presiden Warisan tersebut, menunjukkan kerakusan kuasa, kerana enggan menerima hakikat, sebagai impak tumbangnya kerajaan PH yang beliau sokong, maka hukum domino akan mengambil tempat.

Sebenarnya apa yang berlaku di Sabah berbeza sedikit dengan tumbangnya Kerajaan Melaka, Johor, Perak dan Kedah, yang mana disebabkan penjajaran baru.

Di Sabah, kedudukan Shafie kembali kepada keputusan PRU-14, yang mana beliau dan parti beliau bersama DAP dan PKR tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Shafie kehilangan sokongan pada 29 Julai, 2020, apabila para mantan ADUN BN yang menyokong beliau yang juga penyebab tumbangnya kerajaan BN Plus, bergabung semula kembali kepada asal, kemudian diturut oleh seorang ADUN PKR dan seorang ADUN bebas, sehingga berjumlah 33 daripada 65 ADUN. Menerusi kedudukan demikian, maka dengan sendirinya Shafie dan kerajaan yang beliau pimpin kehilangan sokongan majoriti mudah.

Jika Shafie mencontohi tindakan MB/KM- Johor, Perak, Kedah dan Melaka yang meletakkan jawatan apabila kehilangan sokongan majoriti mudah, maka akan bertukar kerajaan tanpa pilihan raya. Akan tetapi seperti mana yang kita ketahui, kerana keegoan Presiden Warisan tersebut, sanggup mengadaikan nyawa rakyat berbanding mengikuti kehendak rakyat, maka beliau meminta TYT Sabah membubarkan DUN. TYT bersetuju, walaupun menerusi pembubaran, maka pilihanraya perlu dilaksanakan, sedangkan pandemik covid-19 sedang mengancam.

TYT Sabah tidak mencontohi tindakan TYT Melaka, Sultan Johor yang menolak permintaan pembubaran DUN oleh KM/MB yang kehilangan sokongan, kerana ancaman covid-19 jika pilihan raya diadakan.

Menerusi fakta yang disebutkan di atas, jangkitan covid-19 kerana PRN-16 Sabah, boleh dielak, jika Shafie menghormati demokrasi dan kehendak rakyat.

Shafie tidak “gentlemen” dan menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa keegoan beliau.

Kalau berasaskan fakta keputusan PRU-14, tidak timbul menumbangkan kerajaan yang diterajui Shafie, kerana kejadian pada 29 Julai, 2020, adalah kembalinya keadaan sebenar, hanya bezanya, Musa tidak dibenarkan mengangkat sumpah untuk kali ke-2, kerana angkat sumpah beliau pada 10 Mei, 2018, “sudah diputuskan” oleh mahkamah tinggi sebagai “terbatal” walaupun masih menunggu keputusan mahkamah Persekutuan.

1 Response to "SHAFIE APDAL KEKAL DILUSI"

pakresky said...

Assalamualaikum wr.wb,saya pak resky pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang TKI pembantu di negara tentangga yaitu di malaysia yang pendapatannya tidak seberapa dan suami saya cuma kerja di kelapa sawit,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup di kampung apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya dan suatu malam saya buka internet dan tidak sengaja saya temukan number HP EYANG WORO MANGGOLO langsung saya telpon beliau dan menceritakan semua keluahan saya dan akhirya di kasih ANGKA GHAIB 6D benar-benar tembus dengan adanya EYANG semua hutang-hutang saya di kampung sudah lunas semua ,bahkan sekarang saya sudah buka usaha WARUNG MAKAN di malaysia!!! sekali lagi saya mengucapkan banyak terimah kasih kepada EYANG WORO MANGGOLO atas bantuan Eyang kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan EYANG WORO MANGGOLO pula yang telah memberikan angka ghaib hasil ritual,beliau kepada saya yaitu 6D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut-turut tembus .
Solusi yang tepat jangan anda putus aza karna EYANG akan membantu anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB apa bila anda butuh angka togel 2D-3D-4D-5D-6D, dijamin 100% jebol.
Apabila ada waktu silahkan/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 .
DAN BELIAU JUGA BISA MENBANTU ANDA TUK PUTARAN YANG ADA DI BAWA.
angka;GHOIB: singapur
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum 4d
angka"GHOIB; laos…
angka"GHOIB; macau
angka"GHOIB; sidney
angka"GHOIB: vietnam
angka"GHOIB: korea
angka"GHOIB: kudalari
sekali lagi makasih yaa Eyang waktu itu saya cuma bermodal uang cuma 300 ribu dan akhirnya saya menang banyak dan berkat angka gaib hasil ritual Eyang saya sudah buka usaha Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HUB/SMS EYANG WORO MANGGOLO di number 082-391-772-208 insya allah beliau akan menbantu anda semua.trimakasih...

Blog Archive