Wednesday, June 09, 2021

KERAJAAN DARURAT- BUKAN PERTIMBANGAN AGONG

MAJLIS menghadap kepada   Seri Paduka Baginda Agong (SPBA) oleh  tujuh pemimpin utama parti politik negara yang didahului Presiden Bersatu (PPBM) yang juga Perdana Menteri bermula hari ini hingga jumaat, dijangka hanya berkisar berkaitan pembukaan semula parlimen, darurat, isu covid-19 dan pemberian vaksin kepada rakyat.

Walaupun berbagai spekulasi, bahawa akan ada penjajaran baharu atas inisiatif Agong, termasuk penubuhan Kerajaan Darurat, ianya bukan keutamaan Baginda.

DYMM Al-Sultan Abdullah menerusi majlis menghadap 7 pemimpin utama parti-parti yang mempunyai AP (ahli parlimen) adalah untuk mendapat masukan maklumat berkaitan isu-isu semasa selepas proklamasi darurat pada 11 Januari, 2021 untuk di bawa  dalam perbincangan semasa Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang bakal diadakan pada 16 Jun di Istana Negara.

SPBA maklum, dalam keadaan pandemik Covid-19, hanya kerajaan pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang mempunyai pengalaman kerana telah mengharunginya sejak Mac, 2020.

Kerajaan hari ini, telah melalui tiga PKP, yang bermula dengan PKP1.0 pada Mac, 2020, dan seterusnya pernah melandaikan keluk jangkitan dan juga pernah merekodkan hanya seorang yang dijangkiti pada 1 julai, 2020.

Kerajaan juga menerusi KKM dan MKN, telah bergading bahu, termasuk menyediakan semua SOP berkaitan kesihatan orang ramai yang perlu dipatuhi semasa pandemik,namun kerana kelekaan dan kedegilan segelintir rakyat dan sifat musuh yang tidak kenampakan, jumlah jangkitan meningkat semula.

Kerana, menerusi pendekatan BERSASAR tidak lagi efektif, maka pelaksanaan PKP3.0 terpaksa dilaksanakan.

Matlamat PKP3.0 ada lah untuk memutuskan KONTAK bakal-bakal indung kepada virus corona. Virus corona untuk kekal hidup, sentiasa mencari indung baharu.

Semua pihak sedar termasuk SPBA, selagi imuniti berkelompok belum terwujud, maka ancaman COVID-19 akan terus menghantui setiap rakyat.

Dalam situasi hari ini, dan tindakan kerajaan menerusi PICK yang semakin rancak, dan seterusnya tindakan kerajaan yang semakin kelihatan hasil postifnya dan pencapaiannya khususnya PEMERKASA+, penulis berpendapat, SPBA tidak akan mengubah perjalanan kerajaan hari ini, sehingga lah suatu masa yang kondusif, memungkinkan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU-15.

No comments:

Blog Archive