ANTARA sifat manusia,waima haiwan, marah bertukar ganas apabila LAPAR.
Selagi ada tenaga, tindakan ganas terhasil daripada kemarahan yang tidak terkendali.
Namun, apabila tenaga runtuh, menunggu kematian, sifat ganas hanya ternampak pada kelopak mata yang berkedip.
Apa kah menerusi PKP 3.0 ini, kerajaan hari ini menunggu rakyat marah? Kemudiannya bertukar ganas? Atau kah kerajaan mahu tindakan marah yang menembulkan tindakan ganas akan musnah dengan sendirinya, kerana rakyat menunggu saat-saat kematian, kerana hilang tenaga kerana kelaparan.
Betul, kerajaan Persekutuan menerusi PEMERKASA PLUS, akan menyalurkan bantuan tunai BPR RM500-RM100 hujung bulan Jun,2021. Ertinya, kerajaan sudah memperkirakan, bahawa pada hujung bulan, rakyat yang terkesan kerana PKP3.0 tiada lagi makanan boleh disediakan di atas meja atau TIKAR MENGUANG.
Tidak keterlaluan boleh disifatkan, bahawa kerajaan hanya membantu rakyat yang terkesan, di saat-saat penghujung nyawa,dalam bahasa pertandingan tinju, “save by the bell” sebelum dipukul “knock-Out”.
Di Media sosial, rungutan luar biasa daripada mereka yang terkesan. Para penyokong parti pembangkang, dengan gencar sekali, menulis PERBANDINGAN, apa yang rakyat dapat semasa KERAJAAN WARISAN berbanding KERAJAAN GRS.
Selain itu,mereka membandingkan BANTUAN kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Sabah. Sedangkan perbandingan antara dua negeri tersebut, tidak wajar kalau berkaitan dengan KEMAMPUAN kewangan.
Sarawak mempunyai rezab kewangan hampir RM40bilion, sedangkan Sabah suatu masa ada rezab hampir RM4bilion pada Disember, 2017. Namun rezab tersebut hampir hampir kosong semasa Kerajaan Warisan (Mei 2018-September,2020).
Betul Sabah menerima bayaran tunai daripada Petronas lebih RM1bilion, tetapi wang tersebut, digunakan untuk berbagai perbelanjaan, termasuk pembangunan, penyelenggaran jalan, penyelenggaran loji-loji air, bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, kebakaran, malah bayaran one-off kepada pelajar yang pertama kali masuk perguruan tinggi.
Kerajaan negeri masih meneruskan agihan bakul makanan bagi rakyat yang termasuk kawasan PKPD, namun peruntukan untuk itu, semakin hari semakin berkurang, kerana kawasan-kawasan PKPD ada yang bersifat, tutup buka semula, selain adanya lokaliti baharu.
Bantuan bakul makanan bukan sahaja untuk lokaliti akibat covid-19, juga untuk mangsa-mangsa bencana banjir dan mangsa kebakaran.
Tidak sedikit wang kerajaan negeri digunakan untuk membantu rakyat. Jika kita perhatikan, bantuan tunai RM500 untuk setiap KIR mangsa banjir seluruh Sabah dan kebakaran, mungkin bayaran petronas untuk tahun 2020 dan tahun ini setakat Mei, 2021 sudah terpakai seluruhnya.
Daripada mana lagi kerajaan negeri mendapat wang? Sumber utama, seperti industri pelancongan terkesan dengan teruk sekali. Kerajaan hanya bersandar pada cukai CPO, minyak dan gas selain bayaran tunai Petronas.
Perlu diakui, kerajaan negeri kekurangan dana. Tiada kerajaan yang sanggup melihat rakyatnya marah kerana kelaparan. Kerajaan sedar dengan sesedar-sedarnya, tiada negeri tanpa rakyat. Demikian juga tiada pemimpin jika tiada penyokong. Tiada pemerintahan jika tiada yang diperintah.
Dalam situasi dan kondisi sedemikian,apa yang perlu dilakukan? Kerajaan mesti cari jalan mendapatkan dana, semada meminta pinjaman atau bantuan daripada Persekutuan.
Kalau ditilik-tilik, kerajaan negeri seolah-olah mempunyai dana, sebabnya mampu menyediakan RM15juta membeli 10,000 laptop untuk pelajar SPM dan STPM daripada keluarga tiada kemampuan.
Mungkin kerajaan sedang menunggu masa yang sesuai mengumumkan bantuan TUNAI kepada rakyat yang terkesan.
Bagi pendapat penulis, jangan di lama-lama kan, jangan tunggu kesabaran bertukar kepada KEMARAHAN. Fikir-Fikirkan.
No comments:
Post a Comment