Thursday, June 24, 2021

DESAK SIDANG PARLIMEN-PERBETULKAN NIAT DAHULU

KALAU niat desak sidang parlimen semata-mata membahas titah SPBA, tidak akan timbul masalah, tetapi ada niat yang tidak betul, antaranya ada pihak yang sibuk kumpul SD, sebab ada seorang hendak jadi Perdana Menteri; ada yang mahu menggulingkan kerajaan.

Dalam keadaan sekarang, bukan sahaja tidak sesuai menukar kerajaan, kerana ianya menambah parah lagi keadaan.

Pandemik Covid-19, adalah musibah global, termasuk negara Malaysia. Tiada seorang pemimpin pun mempunyai ramuan jitu atau khusus menangani wabak ini, samada di peringkat dunia, apa tah lagi di negara kita.

Pengalaman negara, pernah diketuai oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang menjaga kesihatan berlatar belakangkan perubatan, pun demikian, tiada satu solusi yang mereka cadangkan, malah pendekatan mereka ada lah faktor, mengapa covid-19 menular dalam negara.

Kerajaan hari ini, walaupun tiada pengalaman, tetapi bertindak sesuai dengan saranan WHO dan mengambil iktibar tindakan Negara China dan Korea Selatan, melaksanakan PKP1.0 dua minggu selepas menjadi kerajaan.

Pencapaian kerajaan melandai lengkuk jangkitan tercapai pada 1 Julai, 2020, apabila jangkitan seluruh negara hanya satu (1). Namun, kerana kelonggaran syarat-syarat kurantin terutama untuk pengembara daripada negara yang terjejas teruk, dan juga ekoran PRN-16 Sabah, maka jangkitan menular sehingga kini.

Tindakan kerajaan semasa PKP1.0 ada betul. Kerana pencapaian tersebut, maka kerajaan beralih ke fasa pemulihan, dengan membuka sektor-sektor ekonomi, sosial,pendidikan, bertujuan menseimbangkan antara fakta nyawa dan sumber kehidupan.

Malang sekali, bukan sahaja disebabkan kurang pematuhan SOP akan tetapi juga pelaksanaan vaksinasi yang terganggu kerana terbentur bekalan vaksin. Negara kita hanya memulakan PICK pada 23 Februari, 2021, berbanding negara-negara lain yang ada lebih awal, kerana isu pembekalan vaksin. Negara tiada kuasa mengawal bekalan vaksin, malah negara berhadapan dianaktirikan mendapat vaksin, walaupun bayaran perolehannya sudah dijelaskan awal-awal lagi.

Apa yang mendukacitakan, faktor halangan yang dihadapi negara berkaitan vaksin, bukan pertimbangan mereka yang tergolong “so-called politicions”malah menuding jari kepada kerajaan sebagai kerajaan gagal. Pemimpin politik yang suka mentroll kerajaan gagal, adalah pemimpin yang pernah diberi kuasa oleh rakyat. Mereka ini, memfokus kepada tindak tanduk yang bersifat populis dan menggambarkan diri mereka pakar daripada semua pakar, dan serba tahu semua sudut daripada A-Z.

Apabila SPBA bertitah, sidang parlimen hendaklah diadakan SECEPAT MUNGKIN, berbagai tafsiran mereka buat, semata-mata untuk mengelirukan rakyat, dan bermatlamat supaya kerajaan bertindak TIDAK BETUL, tanpa mematuhi PERLEMBAGAAN DAN UDANG-UNDANG NEGARA. Mereka cuba menggambarkan persidangan parlimen seperti memasak mee segera, cepat dimasak cepat dimakan- sebabnya mereka fokus pada nawaitu mereka- seorang mahu jadi Perdana Menteri, sekumpulan orang mahu menggulingkan kerajaan.

No comments:

Blog Archive