Kerajaan GRS Sabah, sebenarnya tiada isu berkaitan sidang DUN Sabah, asalkan mendapat “green light” daripada Majlis Keselamatan Negara yang memantau berkaitan Pandemik Covid-19.
Daripada mula lagi, sebaik TITAH SBPA berkaitan sidang parlimen dan DUN diadakan secepat mungkin, Ketua Menteri Sabah, bukan sahaja menjunjung TITAH, akan tetapi bersedia pada bila-bila masa diadakan sidang DUN.
Seharusnya TIDAK timbul desakan daripada mana-mana pihak untuk diadakan sidang DUN, kerana memang pun kerajaan GRS bersedia melaksanakan sidang pada masa yang sesuai berasaskan nasihat MKN.
Sabah pernah menjadi punca mencanak naiknya jangkitan covid-19, apabila nasihat MKN tidak ambil kira oleh Datuk Shafie Apdal pada Julai, 2020.
Pada masa itu, MKN dan KKM berpandangan, pilihanraya tidak kondusif diadakan, kerana ianya melibatkan pergerakan yang menyuruh di negeri Sabah, berbeza dengan PRK-PRK kerana hanya melibatkan kawasan yang terhad.
Kerana kerajaan Sabah hari ini mengambil iktibar kepada kejadian tersebut, maka bertindak “tidak mau dipatok ular pada lubang yang sama”, yang “mungkin” menyebabkan berlakunya kluster persidangan DUN.
Tiada jaminan, mereka yang divaksin tidak dijangkiti atau menjangkiti, kerana pevaksinan di Sabah belum terwujudnya imuniti kelompok.
MKN perlu menyediakan panduan atau SOP untuk melaksanakan persidangan DUN, dan semua pihak perlu pada SOP tersebut untuk menghindar berlakunya jangkitan Covid-19.
Jika panduan atau SOP telah disediakan dan “green light” diberikan, maka DUN Sabah bersedia bersidang, dengan berpandukan peraturan-peraturan dalam Perlembagaan Negeri.
No comments:
Post a Comment