Monday, May 10, 2021

TUN CUBA MEMALITKAN IMEJ NEGATIF PADA AHLI PARLIMEN BERSATU

TUN DR Mahathir cuba memalitkan imej negatif kepada ahli parlimen Bersatu, kononnya, mereka itu BERSETUJU menyertai PEJUANG, dengan syarat, dibayar gaji RM70,000 sebulan.

Dengan gambaran demikian, menunjukkan bahawa ahli parlimen Bersatu berpendapatan sebanyak itu, dan tentunya dibayar oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Juga dengan gambaran tersebut, AP Bersatu, kekal dengan parti bukan berasaskan kepada perjuangan parti, tetapi semata-mata kerana imbuhan.

Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa Bersatu TIADA masa depan, berbanding PEJUANG, dan yakin BERSATU akan kalah pada PRU-15, dan seterusnya, Muhiyiddin tidak akan jadi Perdana Menteri.

Sebenarnya, tiada siapa yang boleh menentukan, pihak mana yang bakal menang dalam pilihan raya ke-15, termasuk juga Tun Dr Mahathir.

Fakta yang menjadikan parti boleh menang, ada lah rekod pemimpin dan kerajaan.

Rakyat atau pengundi, sudah merasakan semasa KERJAAN BARISAN NASIONAL, KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DAN kini KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL.

Rekod Kerajaan PH selama 22 bulan, masih tidak boleh dilupakan rakyat, demikian juga rekod Kerajaan BN lebih setengah abad. Manakala rekod Kerajaan PN, hanya bermula pada 1 Mac, 2020, terlalu awal untuk dinilai,walaupun demikian, dalam keadaan genting, khususnya semasa pandemik covid-19, rakyat merasakan, bahawa kerajaan sekarang, benar-benar mengerti denyut nadi rakyat.

Dengan berbagai kekangan, halangan, gangguan, ancaman ditumbangkan, akan tetapi, pemimpin kerajaan terutama Perdana Menteri, terus maju ke hadapan, membela rakyat dengan cara semaksium mungkin.

Indikasi sokongan rakyat terhadap kerajaan PN, yang mana Bersatu salah satu parti komponen, adalah PRN-16 Sabah.

PN yang menyertai pilihanraya tersebut, belum berusia sebulan, pun demikian, mendapat mandat daripada rakyat menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tidak tahu lah bagai mana Tun Dr Mahathir menilai sokongan pengundi, apa bila fakta menunjukkan, bahawa Bersatu mendapat tempat dihati rakyat.

Mungkin Tun lupa, semasa PRK Slim Perak, pada Ogos, 2020;  parti yang disokong Pejuang, kalah teruk, manakala parti yang disokong Bersatu, menang besar.

Mungkin, Tun tiada isu lagi berkaitan pemimpin Bersatu, sebab itu, beliau cuba memain persepsi, memalitkan imej negatif kepada para pemimpin parti itu, khususnya para wakil rakyat.

No comments:

Blog Archive