Monday, May 10, 2021

POLITIK SABAH- KAUM CINA BUKAN LAGI PENENTU

Semasa DUN Sabah masih berjumlah 48, dengan nisbah 20:20:8, mana-mana parti mendapat sokongan kaum cina akan menang pilihanraya.

Bermula tahun 2004, kaum cina bukan lagi penentu.

Ambil contoh PRU-18, BN tidak menang sebarang kerusi kaum cina, tetapi dapat membentuk kerajaan bumiputera bersama STAR. Demikian juga pada PRN-16 Sabah, GRS tidak menang sebarang kerusi majoriti kaum cina, tetapi menang apabila mendapat kerusi 38 daripada 73.

Warisan Plus yang mendapat sokongan mutlak kaum cina hanya menang 32 kerusi.

Sekarang dan selanjutnya, kunci utama politik Sabah adalah bumiputera (islam dan bukan). Selagi parti-parti yang mewakili kaum tersebut berpakat, maka akan terus menang.

Cabaran utama GRS, adalah, jika Warisan dapat menonjolkan pemimpin KDMR, maka boleh menguggat gabungan parti-parti tersebut.

GRS masih bernasib baik, kerana disokong pemimpin utama KDMR seperti Tan Sri Pairin dan adik beliau Datuk Dr Jeffery.

Diakui, bagi KDMR yang progresif, telah menjauh daripada tradisi menyokong pemimpin utama kaum tersebut, sebab itu, Warisan boleh menang 5 kerusi majoriiti kaum tersebut, seperti Moyog, Melalap, Kedamaian, Limbahau dan Inanam.

Melihat senario politik Sabah, GRS jika mahu terus memerintah perlu memberi fokus kepada kawasan-kawasan dan kaum yang menyokong. 

Dalam bahasa kasar, mencuba mendapat sokongan kaum cina, hanya buang masa, walaupun pemimpin cina seperti Presiden SAPP dan Timbalan Presiden PBS diberi peranan dalam kerajaan, malah Datuk Yong Teck Lee (Preisden SAPP) dilantik sebagai ADUN dilantik, manakala Datuk Yee Moh Chai, dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah.

Kaum cina telah menunjukkan sokongan kepada parti yang melawan GRS, seperti mana majoriti calon DAP bagi DUN Luyang. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive