Friday, May 14, 2021

PENJAJARAN BARU POLITIK SABAH?

DESAS DESUS akan berlakunya PENJAJARAN baru politik Sabah, terdedah, apabila dua Presiden parti yang dikatakan bakal menjalin kerjasama, mengakui SALING memerlukan antara satu sama lain.

Datuk Shafie, dengan penuh bangga, menyatakan boleh berkerjasama dengan PBS, dengan memberi alasan, bahawa dua-dua parti tersebut merupakan parti tempatan, dan paling penting mempunyai visi yang sama.

PBS bukan merupakan parti komponen mana-mana parti, tetapi hanya sebahagian daripada kolaborasi antara PN dan BN dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS hanya panggilan atas kerjasama tersebut, kerana ianya merupakan kerjasama longgar, dan tidak didaftarkan secara rasmi, seperti Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

Dengan kedudukan parti-parti dalam GRS yang longgar, TIDAK menghalang mana-mana parti menggalang kerjasama dengan parti-parti lain, termasuk Parti Warisan Sabah.

Presiden PBS dalam reaksi kepada kenyataan terbuka Shafie, menyatakan KENYAMAN parti yang beliau pimpin mempunyai peluang berkhidmat di peringkat Nasional dan Negeri.

Jika pun berlakunya, adanya penjajaran atau kerjasama, antara Warisan dan PBS, ianya bermaksud kepentingan negeri dan bukan kepentingan individu.

Pada PRN-16 Sabah, PBS menang 7 kerusi, manakala Warisan Plus 32, dan terkini hanya berbaki 30, apabila DUN Bogaya, kosong kerana kematian, manakala DUN Sebatik, ADUN kawasan tersebut telah menyertai Bersatu.

Dalam Dun Sabah yang diperluas, kerana adanya ADUN lantikan, majoriti mudah adalah 40 daripada 79.

PBS semasa era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana merupakan kerajaan negeri Sabah yang membangkang Persekutuan, namun akhirnya menyertai Barisan Nasional pada tahun 2002, di hujung-hujung masa era Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4 negara.

Melihat latar belakang parti pimpinan Datuk Dr Maximus Ongkili tersebut, TIDAK mustahil menjadi kerajaan negeri yang membangkang PERSEKUTUAN.

Namun, dalam senario politik sekarang, rekod lama parti yang diasaskan oleh Tan Sri Pairin Kitingan pada tahun 1985 tersebut, tidak akan bertindak membangkang kerajaan Persekutuan.

Kalau pun berlaku, penjajaran politik antara PBS dan Warisan Plus, akan berlaku selepas PRU-15, dengan SYARAT, parti PN bukan lagi kerajaan Persekutuan.

Dalam realiti, kelemahan Warisan, adalah di kawasan majoriti KDMR, kerana parti itu ketiadaan pemimpin KDMR yang dapat dihadalkan bagi menarik sokongan daripada kaum tersebut. Shafie memerlukan sokongan KDMR untuk tujuan menang pilihanraya, kerana tanpa sokongan KDMR, walaupun parti tersebut mendapat  sokongan mutlak kaum cina, masih gagal mendapat jumlah kerusi yang mencukupi.

Hakikatnya, melihat senario politik semasa, PBS tidak memerlukan penjajaran politik, kerana kedudukan parti itu dalam GRS cukup kukuh, kerana pemimpin parti itu bukan sahaja mempunyai kedudukan menteri penuh dalam kabinet negeri, malah salah seorang pemimpin parti tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Jangan berlaku, yang dikejar tidak dapat yang digendong berciciran.

No comments:

Blog Archive