MENGAPA PBS tidak mengambil iktibar, apa yang berlaku pada UPKO? parti serpihan PBS yang dahulunya bernama Parti Demokratik Sabah (PDS) sebelum bertukar nama.
Semasa parti tersebut bersama BN, kelihatannya diterima pengundi, termasuk pengundi bukan KDMR, sebab itu, calon parti itu di Parlimen Tuaran semasa PRU-14 menang besar.
Namun, pada PRN-16, apabila calon yang sama bertanding di sebuah DUN dalam parlimen Tuaran, dan kawasan tersebut majoriti KDMR, ternyata pengundi menolaknya.
Pada PRN-16 Sabah, pengundi Sabah hampir sepenuhnya menghukum parti pimpinan Datuk Madius Tangau tersebut, apabila hanya menang satu kerusi.
Jika dibandingkan dengan parti-parti berasaskan KDMR, UPKO lah yang paling ditolak oleh pengundi kawasan majoriti KDMR.
Sementara calon-calon Warisan, DAP dan PKR menang dikawasan-kawasan yang berpontesi dimenangi, UPKO pula gagal.
Di pihak Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula, kawasan-kawasan yang dijangka bakal ditawan, ternyata dimenangi. kecuali tiga kawasan yang dimenangi calon bebas.
Tidak boleh disangkal, 38 kerusi DUN yang dimenangi GRS, yang diwakili PN, BN dan PBS, merupakan sokongan terkumpul antara penyokong ketiga-tiga pihak, selain kehendak pengundi agar gabungan tersebut memerintah negeri.
Jika berlaku, salah sebuah parti dalam GRS menyebabkan kerajaan yang dibentuk tumbang, maka rakyat akan menghukum parti tersebut pada PRN Sabah akan datang, seperti mana berlaku pada UPKO.
UPKO adalah penyebab kerajaan BN yang dibentuk selepas PRU-14 tumbang, kerana berpaling tadah, dan menyokong Warisan, dan imbalannya, Presiden parti tersebut dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.
Pada PRN-16 Sabah, Presiden UPKO yang masih berstatus Timbalan Ketua Menteri dalam Caretaker Government, ditolak pengundi di DUN Kiulu kepada calon GRS daripada PBS.
No comments:
Post a Comment