Sunday, May 16, 2021

DISEBALIK MUSLIHAT SHAFIE PILIH PBS

KERANA kemaruk jawatan Ketua Menteri, Shafie cuba menangguk di air keruh, kerana melihat ada peluang "perseteruan" antara STAR dan PBS.

Shafie mahu, agar gabungan GRS pecah, seperti mana beliau berjaya menggait UPKO keluar daripada kerajaan Bn Plus selepas PRU-14, dengan imbuhan jawatan Timbalan Ketua Menteri kepada Presiden parti tersebut.

Selepas PRN-16 Sabah, kerana kelambatan mengangkat sumpah Jawatan Ketua Menteri, pihak Warisan sudah mengembar gemburkan, bahawa penjajaran antara Warisan Plus sedang berlaku, sehinggakan PBS terpaksa mengeluarkan kenyataan penafian.

Kenyataan positif Presiden PBS, berkaitan pelawaan Shafie untuk bekerjasama, hanya basa-basi politik, daripada seorang pemimpin kanan, kepada pemimpin lebih muda.

Seharusnya pemimpin Warisan, faham, menerusi kenyataan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tersebut, bahawa PBS sangat nyaman kerana sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhiyiddin Yassin, dan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Memang PBS adalah parti tempatan dan sejak penubuhannya konsisten dengan matlamat penubuhan parti tersebut.

Latar belakang parti yang ditubuhkan pada tahun 1985, pada mulanya melawan parti komponen Barisan Nasional, walaupun selepas memerintah menyertai BN di Peringkat Persekutuan, kemudian keluar dan menyertai semula, dan akhirnya keluar lagi pada tahun 2018, selepas PRU-14.

Kini parti yang diasaskan oleh Tan Sri Pairin Kitingan tersebut, bukan komponen mana-mana parti, hanya berkolaborasi dengan PN menubuhkan Kerajaan Persekutuan, dan GRS membentuk Kerajaan Negeri Sabah.

Mungkin kedudukan PBS, bukan merupakan komponen mana-mana parti, maka Shafie terfikir mudah digait.

Shafie perlu ingat, PBS ada lah parti tertua di Sabah, dan pemimpinnya adalah pemimpin kanan dan veteran.

No comments:

Blog Archive