Monday, May 17, 2021

SHAFIE KEMBALI KETUA MENTERI SABAH- HANYA SATU GURAUAN

MUNGKIN dalam politik, TIADA yang mustahil, maka para penyokong Datuk Shafie Apdal bergurau dalam media sosial, sebagai bentuk hiburan, sebelum dan selepas Hari raya, kerana untuk kali ke-2 mereka bersama-sama rakyat lain TIDAK dapat menyambut hari raya secara biasa.

Kerana guraun tersebut, maka TERASA ada seriusnya, dan dirasakan menganggu. Untuk merungkai kecelaruan tersebut, Ketua Penerangan GRS merangkap Setiausaha Agong PBS- Datuk Joniston Bangkuai menganggap cakap-cakap yang beredar, kononnya atas sokongan PBS, maka Shafie akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, hanya cerita penyedap telinga dan hiburan semata-mata, kerana TIADA yang sahih atau betul mengenainya.

PBS telah membuktikan, semasa kerajaan BN tumbang kerana tindakan UPKO selepas PRU-14, walaupun parti itu secara rasmi keluar daripada BN, akan tetapi tidak menyertai mana-mana gabungan, kecuali berkolaborasi dengan PN membentuk Kerajaan Persekutuan pada 1 Mac, 2020, dan kemudiannya bersama-sama GRS bertanding dalam PRN-16 Sabah.

Untuk rekod, Warisan bersama, DAP, PKR, UPKO telah membentuk kerajaan negeri Sabah pada 12 Mei, 2018, sehingga hilang kuasa pada Julai, 2020. Selama 26 bulan, PBS kekal sebagai parti membangkang kepada parti Warisan.

Adalah pelik, semasa PBS sebahagian daripada kerajaan, sanggup pula menumbangkan kerajaan yang dibina, semata-mata untuk memberi nyawa kepada parti lain yang merupakan parti lawan.

Kenyataan politik BASA BASI Presiden PBS yang seolah-olah akan berlaku PENJAJARAN politik, disalah tafsir, sedangkan INTI pati kenyataan tersebut, kerjasama yang diinginkan PBS adalah menerusi kerjasama politik secara menyeluruh, demi kestabilan poliktik, agar Sabah dan rakyatnya boleh TERUS maju ke hadapan, untuk mencapai VISI SABAH MAJU JAYA, menjelang tahun 2025.

No comments:

Blog Archive