Tuesday, May 18, 2021

PRN-16 SABAH: JELAS-RAKYAT SABAH TOLAK SHAFIE

PADA PRN-16 Sabah, rakyat telah menunjukkan bahawa mereka menolak Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah, kerana semasa PRN tersebut, Shafie merupakan CARETAKER CHIEF MINISTER SABAH.

Sudah menjadi budaya politik, apabila seorang Ketua Menteri yang melaksanakan pilihanraya, namun akhirnya gagal mempertahan kerajaan atau dengan kata lain gagal mendapat sokongan rakyat, maka kena menerima hakikat, bahawa rakyat secara umumnya, tidak mahu lagi kerajaan tersebut memerintah.

Gerakan Shafie dan penyokong beliau cuba mempengaruhi PBS supaya mengikuti TINDAKAN UPKO seperti satu masa lalu, adalah cubaan memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Gabungan rakyat Sabah (GRS).

Tindakan Shafie adalah tindakan sepihak, kerana di pihak PBS, tiadapun gerakan seumpama itu, seperti mana kenyataan Setiausaha Agong parti tersebut- Datuk Joniston Bangkuai, bahawa tiada yang perlu dinafikan kerana semua itu hanya omong kosong pihak parti warisan dan penyokongnya.

Shafie dan penyokong beliau, kena menerima hakikat, secara umumnya, rakyat Sabah telah memberi mandat kepada GRS untuk memerintah.

Kerajaan pimpinan Datuk Hajiji Haji Noor mempunyai sokongan kukuh, kerana mempunyai 48 kerusi daripada 79, berbanding Warisan-20.

Latar belakang politik Sabah, apabila sesebuah parti sebagai Kerajaan melaksanakan pilihanraya, namun gagal mendapatkan sokongan rakyat, maka masa depan parti tersebut menunju kemalapan. Kerana kecenderungan demikian, maka telah mendorong salah seorang ADUN Warisan keluar daripada parti tersebut untuk menyertai GRS menerusi Bersatu.

Melihat kerajaan negeri yang mantap, sebarang usaha atau gerakan Shafie dan penyokongnya, hanya mahu mengelirukan rakyat, dan cuba membawa rakyat kepada harapan yang bersifat khayalan.

Kerajaan GRS telah menetapkan VISI SABAH MAJU JAYA TAHUN 2025. Semua peringkat berganding bahu, agar VISI tersebut menjadi kenyataan, KERANA asas KUAT telah diletakkan sejak tahun 2003 menerusi HALATUJU pembangunan dan Kemajuan Sabah.

No comments:

Blog Archive