Wednesday, May 19, 2021

GRS KUKUH-BERSEDIA HADAPI PRU-15

WALAUPUN PRU-15, hanya melibatkan kawasan parlimen, GRS siap sedia menghadapinya.

PRU-15 akan menentukan parti mana bakal membentuk Kerajaan Persekutuan.

GRS yang dianggotai PN, BN dan PBS, berbeza sedikit pendekatannya berbanding BN dan PN di Semenanjung, kerana di Sabah, pada PRU-15, parti komponen GRS tidak saling bertembung, manakala di Semenanjung, sebaliknya.

Pertembungan antara calon PN dan BN di Semenanjung (untuk masa ini) tidak dapat dielak, kerana parti utama BN, Umno ENGGAN bekerjasama dengan BERSATU semasa pilihanraya.

Di Sabah lawan utama GRS, selain Warisan juga PKR dan DAP.

Melihat keputusan PRN-16 Sabah, walaupun GRS sukar menembus kawasan majoriti kaum cina, akan tetapi menguasai kawasan bumiputera khususnya di Pantai Barat dan Pedalaman.

Sabah mempunyai 25 kawasan parlimen.

Pada PRU-15, adalah dijangka, parti-parti daripada Sabah dan Sarawak, akan menjadi penentu, parti mana membentuk KERAJAAN PERSEKUTUAN.

Kerana parti-parti daripada Sabah bakal menjadi penentu (kingmaker) pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15, parti Warisan cuba menimbulkan isu, supaya hubungan antara parti-parti dalam GRS jikapun tidak berpecah, tetapi saling curiga antara satu sama lain.

Untuk mencapai hasrat tersebut, pemimpin Warisan, mencipta isu sepihak, kononnya, mereka bakal mengadakan penjajaran politik dengan PBS, bersama-sama dengan beberapa ADUN, termasuk ADUN bebas, untuk membentuk kerajaan baharu Sabah, malah dikatakan Datuk Shafie Apdal akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Isnin lepas ( 17 Mei, 2021) di hadapan TYT Sabah.

Akibat kerancakkan penyebaran CERITA PALSU tersebut, Setiausaha Agung PBS- Datuk Joniston Bangkuai dan ADUN Pitas- Rudy Awah terpaksa membuat kenyataan, bahawa cerita yang beredar tersebut selain TIADA ASAS, juga,  berniat JAHAT.

Nampaknya, para pemimpin Warisan, merasakan, bahawa masa depan parti mereka, menunju kemalapan, kerana memang lah demikian, sejarah politik Sabah, apabila sesebuah kerajaan gagal mendapat mandat dalam pilihanraya.

No comments:

Blog Archive