Sunday, May 09, 2021

ADUN SENALLANG PEMBANGKANG, ADUN KARAMBUNAI MENTERI-MENGAPA?

TAJUK di atas bermakna, sokongan SETEMPAT untuk seseorang pemimpin atau wakil rakyat TIDAK akan ke mana-mana jika kawasan lain tidak menyokong.

Sebab itu, wakil rakyat yang menjadi sebahagian daripada kerajaan, apa kah mereka itu diantik menteri, pembantu menteri, pengerusi GLC, atau jawatan-jawatan politik perlu mengakui, bahawa jawatan mereka itu kerana sokongan rakyat, baik di kawasan sendiri atau kawasan-kawasan lain.

Pada PRN-16 Sabah Datuk Shafie Apdal mendapat sokongan 78% pengundi DUN Senallang, manakala Datuk Yakub Khan hanya mendapat sokongan 43% pengundi DUN Karambunai, akan tetapi ADUN Karambunai tersebut dilantik sebagai Menteri penuh, sedangkan Shafie hanya ADUN biasa dan bukan sebahagian daripada kerajaan. Gambaran pada dua senario ini, adalah, wakil rakyat yang merupakan sebahagian daripada kerajaan, TIDAK semestinya hanya fokus di lubuk sendiri, tetapi juga perlu mengayumi penyokong di kawasan luar kawasan, kerana dalam politik demokrasi, kemenangan, sesebuah parti perlu secara menyeluruh.

Tiada erti, sokongan melangit di kawasan sendiri, tetapi, hanya menang sorak.  Fikir-Fikirkan....

No comments:

Blog Archive