Latest News

KE MANA HALATUJU UMNO?

SEJAK tumbang pada PRU-14, Umno dilihat mendapat sambungan nafas, apabila Datuk Seri Mohammad Hassan menjalankan tugas-tugas Presiden.

Sambungan nafas tersebut tersendat semula, apabila Presiden yang bercuti sukarela kembali mengambil semula jawatan.

Nampak sangat, kecelaruan parti, bukan kerana angkara pihak lain. melainkan, cara Presiden mengurus parti.

Perkembangan semasa pasca Perhimpunan Agung UMNO (PAU) memperlihatkan parti tersebut berada di persimpangan.

Keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) yang tidak disambut sepenuhnya pemimpin UMNO ditambah pula dengan dakwaan rakaman audio perbualan tular Rabu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai punca kecelaruan.

Menerima atau tidak, ketika ini UMNO sudah terbahagi kepada dua kelompok iaitu kelompok mahkamah dan kelompok menteri. 

Kelompok mahkamah kebanyakannya terdiri daripada mereka yang menguasai kepimpinan parti namun tidak mempunyai tempat dalam kerajaan.

Kelompok menteri pula adalah mereka berjawatan dalam kerajaan walaupun setengah daripada mereka tidak menduduki sebarang hierarki parti.

Kedua-dua kelompok ini ada kekuatan dan kekurangan masing-masing. Jika diimbas amalan UMNO terdahulu, kelompok yang menguasai parti akan menguasai kerajaan, lagi tinggi jawatan dalam parti lagi besarlah jawatannya dalam kerajaan.

Sebab itu memenangi jawatan dalam parti sangat penting buat pemimpin UMNO. Ia dilihat sebagai kunci kepada segala kelebihan. 

Kali ini, senario tersebut berubah. Sebab itu UMNO seperti berada di persimpangan, seolah-olah kehilangan halatuju. Dahulu amat mudah untuk membaca keputusan pemilihan UMNO. Kekuatan penyandang amat sukar dikalahkan sering mengekalkan status quo.

Lazimnya penyandang hanya akan kalah atau hilang jawatan sekiranya dipecat atas sebab disiplin atau keputusan parti terutamanya selepas pemilihan. Selain sebab itu, memang sukar untuk mengalahkan penyandang.

Paling tertekan sekarang ini sudah tentulah presiden parti. Keadaan semasa dilihat tidak menyebelahi beliau.

Presiden sebelumnya pun begitu. Malah, zaman Datuk Seri Najib Tun Razak lebih teruk lagi. Cuma untungnya ketika itu Najib masih ada kuasa dan menjadi perdana menteri. Kelebihan itu menjadikan kedudukan beliau selamat dan tidak tergugat.

Ini yang tidak dimiliki oleh Zahid sekarang. Menjadi presiden parti tanpa jawatan dalam kerajaan tidak memberikan apa-apa kelebihan. Apa yang berlaku selepas PAU cukup jelas membuktikan hal itu.

Cabaran supaya menteri-menteri UMNO meletak jawatan langsung tidak dihiraukan. Malah, semakin ramai pula yang mencadangkan beliau berundur sebagai presiden.

Lebih malang tidak ramai yang kedepan untuk mempertahankan beliau sebagai presiden. Berbeza benar dengan UMNO suatu ketika dahulu. Masa Najib terpalit dengan isu 1MDB pun masih ramai pemimpin UMNO tampil mahu membelanya.

Harus diingat masih ada satu lagi kelompok yang ada dalam UMNO. Kelompok ini terdiri daripada mereka yang bebas dan tiada kes mahkamah serta tanpa jawatan kerajaan.

Walaupun mereka berada dalam hierarki parti, tetapi mereka tidak menunjukkan bahawa mereka bersama dengan presiden. Malah, mereka masih kelihatan oportunis dan sanggup menunggu untuk melakukan sesuatu secara berhati-hati tanpa sebarang tekanan.

Dijangka, tiga kelompok berbeza inilah yang bakal merebut kepimpinan UMNO sekali gus akan menentukan hala tuju parti tersebut selepasnya.

Ketiga-tiga kelompok ini akan menggunakan segala sumber dan kelebihan masing-masing yang dilihat terhad dalam memastikan kemenangan dalam pemilihan tersebut. Ini menjadikan pemilihan UMNO kembali terbuka dan seimbang.

Itu baru diperingkat pemilihan parti, belum lagi cerita selepas menang pemilihan. Apa pula naratif yang bakal dibawa pemenang dalam merencanakan UMNO?

3 Responses to "KE MANA HALATUJU UMNO?"

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Oi BANGKAI ANJING, yg. lu BENCI babgsa ORANG ASAL Islam/Melayu SEMENANJUNG kami apahal aaahh?? Dasar TAK mengenang budi - kalau lu tak jadi sebahagian Malaysia; dah lama diTAKLUK Filipina @ Indonesia, si BANGANG oi!!

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Dan kenapa KETUA POLIS NEGARA Penjahat PH PARASIT ni nak SIBUK terlolong suruh YAB DS Zahid buat REPOT POLIS psl. RAKAMAN dgn. anwar kononnya - sdgkan TAK pula TERLOLONG psl. rakaman disyaki si DIKTATOR muhyiddin sbg. PM, ada TAWARkan JAWATAN2 penting kpd. Pemimpin2 UMNO sbg. MENTERI2 & PENGERUSI2 syarikat GLC kalau menyokong BERSATU Nazi PARASIT!!

Itulah, rejim2 BERSATU Parasit NAZI/PH homo ni ingat UNDG2 Negara Islam kita ni si KEPALA2 BAPA depa punya!!

Di - https://mykmu.net/2021/04/11/rakaman-suara-mirip-muhyiddin-kpn-perlu-nasihat-pm-buat-laporan-polis/

detektif conan said...

Masalah ni simple jek...15 kawasan parlimen dimenangi UMNO sebelum ni, pulangkan je pada UMNO untuk PRU-15...selesai semua masalah politik skrg ni...bersatu pi la bertanding ke Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Muar dan Simpang Renggam. Kan ada 5 kerusi yg PPBM menang sebelum ni.
Hentikan kacau ahli-ahli UMNO, ajaklah yang belum berparti jadi ahli, kan ramai yg belum jadi ahli parti politik.

Simple jek kalau betul2 jujur dalam politik bro, melainkan nak tikam balik rakan yang naikkan kamu jadi PM.

Blog Archive