Sunday, April 11, 2021

HUBUNGAN BERSATU-UMNO: IMPLIKASI AP BEBAS MENYERTAI BERSATU

SEMASA Umno menjadi pembangkang, ekoran kekalahan pada PRU-14, 15 ahli parlimen dan semua ADUN di Sabah (Kecuali ADUN Sungai Sibuga yang diwakili Tan Sri Musa Aman) telah keluar daripada parti menjadi wakil rakyat bebas, yang mesra kerajaan.

Semasa mereka menjadi wakil rakyat bebas, tiada yang boleh meneka, parti mana  mereka akan sertai, walaupun beberapa bulan kemudian mereka menyertai Bersatu.

Walaupun mereka itu diterima sebagai ahli bersatu, akan tetapi tidak dilantik pada sebarang jawatan semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, samada mereka itu menyertai PH ataupun tidak hakikatnya tidak mengubah status quo kerajaan, atas sebab, kerajaan PH mempunyai majoriti cukup untuk meneruskan pemerintahan, walaupun tiada kuasa 2/3 di Dewan Rakyat.

Memang betul, Umno kehilangan 15 AP, dan jumlah AP parti itu berbaki 39 (kini 38 kerana seorang meninggal), jika kerajaan PH tidak tumbang pada Februari, 2020, Umno akan kekal menjadi pembangkang, sambil menunggu PRU-15, untuk mencuba nasib, apa kah akan mendapat semula mandat daripada pengundi.

Di mata pemimpin elit daripada parti tersebut, tidak penduli, apa kah berstatus pembangkang atau pun sebaliknya, keadaan ada lah serupa, namun bagi pemimpin atau wakil rakyat yang mengharapkan sangat bantuan kerajaan untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan masing-masing, menjadi kerajaan semula, selepas 22 bulan menjadi pembangkang, bukan sahaja disambut dengan baik, akan tetapi cukup melegakan.

Malangnya, berlaku kecemburuan antara pemimpin parti, terutama mereka yang tidak berjawatan, yang sepatutnya tidak berlaku. Mereka yang tidak berjawatan, bukan sahaja menyasarkan bekas teman-teman yang beralih akan tetapi teman-teman yang diberi tanggungjawab dalam kerajaan.

Kerana tindakan segelintir pemimpin parti yang tidak berjawatan (malah mereka yang jelas ditolak rakyat) yang bertali arus mempersoalkan bukan sahaja cara pentadbiran (di mata mereka tiada satupun yang betul), malah mereka bertindak lebih jauh, melabel teman-teman sebagai mahkluk perosak, penakut, dan macam-macam tomahan lagi.

Bagi penulis, menjadikan wakil-wakil rakyat yang terlebih dahulu mengistiharkan diri menjadi bebas, sebagai sebab musabab, untuk menolak kerjasama dengan Bersatu, ada lah sifat ego segelintir parti tersebut, kerana tidak mahu menerima hakikat, kecenderungan rakyat atau pengundi.

Mungkin segelintir pemimpin parti tersebut, tidak menganggap keputusan PRN-16 Sabah sebagai petanda, bahawa rakyat secara umumnya, mahukan kerjasama erat antara Umno dan Bersatu. Atas asas tersebut, walaupun pemimpin Umno Pusat bertegas memutuskan hubungan dengan Bersatu, akan tetapi Umno Sabah membuat keputusan sebaliknya. Umno Sabah bergerak seiring dengan kehendak rakyat.

Mungkin, selepas tempoh bertenang, dan memikirkan semula baik buruknya terhadap ummah, sebelum PRU-15, akan berlaku keputusan lain, kerana sifat politik sendiri, sangat dinamik. Umno kena mendahulukan ummah, bukan kepentingan pemimpin tertentu.

No comments:

Blog Archive