Latest News

UMNO SABAH PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN BERSATU MELALUI GRS- BUNG MOKTAR

Menurut Datuk Seri Bung Moktar Radin Umno Sabah akan terus memperkukuh kerjasama dengan Bersatu menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dengan kenyataan tersebut, maka Umno Sabah menjadi negeri ke-2 selepas Umno Perlis kekal bekerjasama dengan Bersatu.

Isu hubungan Umno- Bersatu, menjadi panas apabila Umno Pusat membuat ketetapan tiada kerjasama dengan Bersatu semasa PRU-15, walaupun kekal bersama kerajaan PN sehingga parlimen dibubarkan.

Menurut Bung, Umno Sabah sedar, bahawa ada isu-isu “tidak puas hati” di kalangan pemimpin parti dalam GRS, dan sudah tentunya berkaitan dengan agihan atau perlantikan jawatan-jawatan politik, tetapi “kami” sedar, TIADA pihak yang boleh dipuaskan. Isu “tidak puas hati” bukan bermakna meruntuhkan yang telah dibina.

Apa yang paling penting dan mustahak, kerajaan GRS akan memperterjemahkan mandat yang diberikan rakyat untuk membangun dan memajukan negeri sesuai dengan VISI Sabah Maju Jaya menjelang tahun 2025.

0 Response to "UMNO SABAH PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN BERSATU MELALUI GRS- BUNG MOKTAR"

Blog archive