Friday, March 05, 2021

JANGAN ROSAKKAN HUBUNGAN DALAM GRS

PENULIS terbaca kenyataan Ketua Pemuda Umno Sabah, yang mengulas berkaitan keputusan Umno Pusat tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

Sepatutnya, beliau hanya membuat kenyataan berkaitan isu tersebut, dan tidak mengaitkan Umno Sabah dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Seperti mana diketahui, semua pemimpin parti dalam GRS telah menandatangani Persefahaman politik pada 9 Januari lalu, bahawa semua pihak bukan sahaja memperkasa GRS akan tetapi memperkukuhkannya.

Para pemimpin GRS telah mengambil keputusan TIDAK akan dipengaruhi politik luar Sabah. Dengan pendirian tersebut, sepatutnya Ketua Pemuda Umno Sabah, kalau memberi ulasan berkaitan politik, jangan libatkan hubungan parti-parti dalam GRS, kerana semuanya sudah berada dalam landasan betul.

Seharusnya, Ketua pemuda tersebut maklum bahawa para pemimpin parti dalam GRS telah mencuba memperbetulkan sebarang kesilapan atau salah faham semasa PRN-16 Sabah, dan boleh dikatakan hampir kesemua salah faham tersebut berjaya dirungkai, hasil kerjasama dan persefahaman antara para pemimpin yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Pengerusi.

Kerajaan GRS pada masa ini, bukan sahaja mahu memastikan semua aku janji semasa PRN tersebut, akan tetapi sedang rancak mengatur strategi/perancangan untuk merealisasikan visi SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025.

No comments:

Blog Archive