Wednesday, March 03, 2021

NAMPAKNYA UMNO BENAR-BENAR MAHU MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU

NASIB baik UMNO Sabah mempunyai autonomi, untuk memutuskan halatuju sendiri, JIKA tidak, maka terpaksa ikut rentak UMNO Pusat yang "muktamad" memutuskan hubungan dengan Bersatu bagi menghadapi PRU-15.

Untuk makluman, Kerajaan Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada Perikatan Nasional (Bersatu, Pas, SAPP, STAR, Gerakan), Barisan Nasional (Umno, PBRS, MCA dan MIC), serta Parti Bersatu Sabah (PBS).

Jika Umno Sabah bersama BN terpaksa akur dengan tindakan Umno Pusat, untuk tidak berkerjasama dengan Bersatu, maka bukan sahaja kerajaan negeri akan tumbang, tetapi juga perlu bertembung pada PRU-15, peringkat parlimen di Sabah.

Tidak pasti apa kah Umno bersama BN bergerak bersendirian atau bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan harapan, atau Pakatan Harapan.

Mungkin parti itu merasa yakin, bahawa sokongan telah pulih seperti mana pada PRU-PRU lalu, kecuali PRU-14.

Jika Umno memutuskan bertembung dengan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, maka akan berlaku pertembungan tiga penjuru di banyak kawasan, terutama kawasan-kawasan majoriti kaum melayu.

Kerana keputusan parti tersebut, kekal bertembung, maka keputusan PRU-14 tidak diambil kira.

Umno tidak dapat mempertahankan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional, kerana kerjasama itu hanya berbentuk piagam atau kerjasama tidak rasmi, kerana tidak berdaftar. Pas pula merupakan komponen Perikatan Nasional secara rasmi. PN merupakan parti sah yang berdaftar dengan ROS.

No comments:

Blog Archive