Monday, March 08, 2021

SABAH & SARAWAK- PENENTU KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN DATANG

WALAUPUN jumlah kerusi parlimen bagi Sabah dan Sarawak serta WP Labuan hanya berjumlah 57 daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara, akan tetapi boleh menjadi penentu Kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

Berasaskan senario semasa, atas keputusan Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, pemimpin kerajaan di dua buah negeri tersebut telah memutuskan akan terus menyokong Perikatan Nasional (PN).

Sarawak yang diwakili Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Sabah yang diwakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memberi reaksi terhadap keputusan Umno.

Bagi GRS, Pengerusi gabungan tersebut- Datuk Hajiji Haji Noor telah memberi jaminan, bahawa keputusan Umno tidak menguggat kerjasama parti-parti dalam GRS. Kenyataan tersebut disokong oleh Ketua Umno Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, bahawa sesuai dengan autonomi Umno Sabah, maka memutuskan untuk memperkukuh GRS. Lagipun, parti-parti dalam GRS telah menandatangi Persefahman Politik pada 9 Januari lalu, bahawa semua parti-parti dalam gabungan tersebut tidak akan terpengaruhi oleh politik luar Sabah.

Di Sarawak, parti pesaing hanya PKR dan DAP, sementara di Sabah selain PKR dan DAP juga Warisan.

Khusus untuk Sabah, melihat kepada kecenderugan pengundi Sabah pada PRN-16 Sabah, selain perkembangan politik semasa, nampaknya GRS, mempunyai peluang menang sekurang-kurangnya 20 kerusi parlimen daripada 26. Jumlah tersebut cukup signifikan menyokong mana-mana parti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Penulis yakin samada GPS dan GRS, telah mengatur strategi, bahawa ini lah masanya dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan, bahawa suara daripada dua buah negeri tersebut bukan sahaja perlu mendapat tempat, akan tetapi faktor penentu. Jika itu berlaku, maka MA63 benar-benar terlaksana, kerana itu lah garis besar pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

JANGAN asyik nak BONGKAKlah ANJING Bersatu amat BANGSAT - nak terus mengHINA akan UMNO & bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu SEMENANJUNG kami!! BANGKAI ANJING lu!!


Blog Archive