Friday, February 26, 2021

AKAN TERKUBUR KAH WARISAN?

Parti Warisan Sabah yang ditubuhkan oleh Datuk Shafie Apdal pada tahun 2016, selepas beliau keluar daripada Umno, tidak pernah diberi mandat oleh rakyat Sabah sebagai parti peneraju kerajaan, walaupun pernah menjadi kerajaan selama 26 bulan, kerana isu lompat parti selepas PRU-14.

Kerajaan yang diterajui Shafie, sepatutnya telah tumbang  pada 29 Julai, 2020, kerana kehilangan sokongan majoriti DUN Sabah, akan tetapi Shafie memilih tidak menyerahkan jawatan, sebaliknya meminta TYT Sabah membubarkan DUN Sabah bagi memberi laluan kepada PRN-16 Sabah.

Seperti mana diketahui, keputusan rakyat Sabah kekal tidak memberi mandat kepada parti tersebut untuk menerajui kerajaan.

Pada PRN-16 Sabah, Shafie yang mengetuai Warisan Plus (bersama PKR, DAP dan UPKO) hanya menang 32 kerusi daripada 73 yang dipertandingkan, manakala 41 lagi dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS),gabungan yang ditubuhkan pada 12 September, 2020 bersamaan dengan hari penamaan calon bagi PRN tersebut.

Gabungan yang hanya berumur 14 hari, telah diberi mandat oleh rakyat Sabah menubuhkan Kerajaan.

Dalam tempoh 6 bulan selepas PRN,kini, GRS mendapat tambahan seorang ADUN kerana ADUN Sebatik daripada Warisan, telah keluar daripada parti tersebut berkuatkuasa pada 25 Februari, 2021, dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor Ketua Menteri GRS, dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin Perdana Menteri Perikatan Nasional.

Di Sabah, apabila sebuah parti kehilangan kuasa, tambahan lagi, belum mengakar umbi seperti Warisan, mudah dilupakan rakyat, kerana tiada rekod yang boleh diingati rakyat.

Rekod kerajaan Warisan, hanya mengecewakan rakyat, kepimpinannya, hanya tahu membuat pengumuman, sedangkan sesuatu yang diumumkan itu, tidak dilaksana, hanya berbentuk pengumuman atas media atau atas kertas.

Alasan yang diberikan ADUN Sebatik, Hassan Gani Pg Amir, bahawa Warisan hanya berpolitik sepanjang masa, tidak berkhidmat untuk rakyat, merupakan anggapan secara umum rakyat Sabah terhadap parti Warisan.

Kepimpinan Warisan diperburuk lagi, apabila memilih tidak mengutamakan kepentingan rakyat, apabila sebahagian daripada AP yang menolak Bajet kementerian-kementerian bagi Bajet tahun 2021.

Pengalamn politik Sabah, apabila ada ADUN sesebuah parti keluar, ianya pasti diikuti oleh ADUN-ADUN lain.

Para ADUN, memerlukan Kerajaan bagi membantu menyelesaikan pembangunan di kawasan masing-masing. Tanpa bantuan kerajaan, para wakil rakyat bukan mewakili kerajaan, tidak mampu membantu rakyat yangmereka wakili.

No comments:

Blog Archive