Friday, February 26, 2021

GRS PERLU KAH PENJAJARAN?

POLITIK tidak sunyi daripada kejutan. Tidak sama dengan pasukan bola sepak, tim yang serasi dan berkeupayaan menang dalam sebarang perlawanan, dikekalkan, kecuali jika ada pemain yang cedera atau digantung daripada perlawanan.

Parti politik ,memerlukan sokongan seramai mungkin, sesedikit mungkin lawan, supaya dalam pilihanraya mudah mencapai kemenangan. Namun, parti juga seperti pasukan bola, jika kombinasi tidak serasi, boleh mengundang padah, kekalahan atau ditolak rakyat.

Dalam GRS sendiri mempunyai isu dalaman yang memerlukan persefahaman yang amat tinggi bukan sahaja daripada para pemimpin akan tetapi di peringkat akar umbi. Tanpa persefahman sedemikian, maka akan berlaku seperti ketam yang ingin keluar daripada baldi, tidak pernah berjaya, sampai lah semuanya mati.

Isu utama dalam GRS,kerana isu pengagihan kawasan pilihan raya, antara parti-parti yang mempunyai sokongan daripada kolam yang sama. Umno vs Bersatu; PBS vs STAR vs PBRS.

Pada PRN-16, telah berlaku pertembungan sesama sendiri, namun di ambang pembuangan undi, berlaku kompromi, salah satu parti mengumumkan menarik diri, meskipun nama calon kekal dalam kertas undi.

Dalam GRS, tidak mampu lagi melaksanakan penjajaran politik, jika penjajaran tersebut melibatkan kawasan sokongan yang sama, sama ada melibatkan kawasan bumiputera islam atau bumiputera bukan islam.

No comments:

Blog Archive